Saya sudah mula turun ke lokasi sepertimana arahan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan. Biarpun pertarungan kali ini adalah pertembungan di antara MIC-PKR, tetapi realitinya anggaplah pertembungan kali ini seperti UMNO dan PAS.
Bagi mereka dari luar negeri Selangor yang ingin bersama, boleh sahaja hubungi saya. Saya akan tempatkan tuan-tuan sekalian di Rumah Gombak. Kita di Gombak mempunyai sebuah rumah untuk beroperasi.
Saya telah mengarahkan jentera di bawah pentadbiran saya untuk turun ke lokasi menjalankan misi meraih undi. Biarpun cabaran demi cabaran yang dihadapi oleh calon kita, Zaid Ibrahim tetapi percayalah bahawa usaha kita melambangkan kekuatan.
Realitinya, bendera BN lebih sedikit berbanding dengan bendera PKR di Hulu Selangor (pemerhatian pada 3 hari pertama). Namun, dari satu sisi yang berbeza, kita dimaklumkan bahawa banyak kain rentang PKR dicabut dan ditanggalkan.
Pihak musuh boleh lakukan apa sahaja untuk memastikan mereka menguasai dan meracuni pemikiran penduduk Hulu Selangor.
Walaupun 'lompatan' Dr Halili memberi kesan yang amat besar kepada PKR tetapi ironinya kerja yang dilakukan oleh pakatan rakyat adalah lebih terbaik berbanding dengan pihak musuh. Saya melihat 'ramai orang Cina' lebih rajin memasang bendera di tengah-tengah jalan berbanding Melayu yang hanya bersorak-sorak tanpa menjalankan kerja.
Saya akan berulang alik dari Gombak ke Hulu Selangor sepanjang tempoh berkempen demi memastikan calon kita Zaid Ibrahim menang.
Tambahan :
1. UMNO mengeluarkan isu Zaid 'kaki botol'. Aduhai, bukankah beliau kaki botol semasa zamanmu wahai UMNO. Sekarang beliau sudah berada di PKR, jadi faham-fahamlah. UMNO memang tidak tahu malu agaknya. Buka tembelang sendiri.
Ulasan