Langkau ke kandungan utama

PMRAM Selepas 8 Dekad

Kepimpinan PMRAM tahun 2008

DIAM tidak diam, 11 April 2010 adalah ulangtahun PMRAM yang ke-80. Apakah sambutan yang akan diadakan bagi meraikan tarikh keramat ini?

Yang pasti, pada tarikh yang sama juga muktamar akan berlangsung. Menariknya, satu pilihanraya memilih calon kepimpinan diadakan secara besar-besaran. Tahniah dan syabas kepada ahli PMRAM yang terus memberi ruang dan kesungguhan kepada PMRAM untuk mentadbir mahasiswa di Perlembahan Nil ini.

Lapan dekad masa berlaku. Catatan sejarah diukir tahun demi tahun. Ada kepimpinan PMRAM yang sudah pulang ke Malaysia dan terlibat dengan politik Malaysia. Ada kepimpinan PMRAM yang pernah menjadi Menteri Besar (bekas MB Terengganu). Ada kepimpinan PMRAM yang kini merupakan Pengerusi FELDA. Ada kepimpinan PMRAM yang terjun di dalam arena politik UMNO mahupun pembangkang.

Tulisan dan kertas kerja yang dibentangkan bagi pengkaji sejarah pastinya tercatat nama PMRAM yang mula-mula dikenali sebagai Putera-Putera Semenanjung (PPS) kemudian bertukar kepada Persatuan Melayu Mesir (PMM).

Pada tahun 1960-an, PMRAM bertukar nama kepada PMRAB (Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu) sehinggalah nama terakhir yang digunakan sehingga hari ini adalah PMRAM.

Catatan sejarah yang terakam tidak boleh dinafikan perjuangan dan sumbangan besar PMRAM. Paling menarik adalah PMRAM yang telah mengesyorkan kerajaan Malaysia menubuhkan Kedutaan Malaysia pada tahun 1960 di Mesir. Hari ini pula, hak pentadbiran PMRAM dinafikan.

PMRAM pernah dihalau daripada menduduki dan mentadbir di bangunan ARMA pada tahun 1992. Pejabat PMRAM dipalang sehingga satu demonstrasi dilakukan di hadapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu Dato' Abdul Hamid Othman.

Semuanya terakam di dalam sejarah dan catatan ini adalah hasil ingatan saya terhadap sejarah PMRAM itu.

Selepas lapan dekad ini, maruah PMRAM sering dihakis. PMRAM sudah mula dianggap 'busuk' oleh politik pentadbiran UMNO.

Apa juga tafsiran, saya berkeyakinan bahawa PMRAM akan lebih cemerlang dibenci daripada PMRAM hanya sering dipuja-puji oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tahniah buat kalian.

TAMBAHAN
Syafiq Zulakifli adalah mantan kepimpinan PMRAM pada tahun 2006-2008.




Ulasan

Hadi berkata…
semasa tahun 2000 dulu kami buat ulangtahun yang ke 70 PMRAM dengan menghimpun semua persatuan mahasiswa seluruh dunia datang ke Mesir, selama seminggu kami berkampung di Abbasiah, hayyu asyir dan juga di hayyu sabik.. penuh dengan acara luar dan dalam dewan, pembentangan kertas kerja dan lain2 lagi.

tahun ni PMRAM nak sambut maca tu juga ke?

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...