Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, April 19, 2010

Serupa Tapi Tak Sama

gambar ihsan aminstudio

DI DALAM usrah Pemuda Kawasan Gombak, Saudara Habibullah ditugaskan sebagai Ketua Unit Jemaah Dun Hulu Kelang. Kali pertama saya bertemu beliau, mahu sahaja terkeluar di dalam mulut berkata, "saudara abang kepada Ustaz Azlan Hj Alias kah?"

Oleh sebab saya buat kajian yang mendalam, keputusannya beliau tiada kena mengena dengan Naib Presiden II PMRAM (2010) itu.

Fikir saya, ada hikmah di antara mereka berdua.

Gambar di atas adalah Naib Presiden II PMRAM pada sesi baru ini. Beliau sudah berumah tetapi belum membawa naik tangga. Maksudnya berumah tanpa tangga. Beliau juga salah seorang suara emas di dalam PMRAM tetapi masih mempertahankan kejuaraannya daripada saya.

Ustaz Azlan yang budiman, laksanakanlah tanggungjawab untuk anak-anak kita di muhafazah. Moga-moga saudara pengganti kepada Ustaz Muhammad bin Hj Arshad yang amat kerap turun bersama ahli di muhafazah. Insya-Allah, nanti saya temankan saudara untuk berjaulah ke rumah ahli.



No comments: