Salam Untuk Badan Pengurus 2009

SIAPA tidak sedih meninggalkan PMRAM. Barangkali itulah yang dirasai oleh sebahagian besar daripada insan yang berada di dalam PMRAM. Buat mantan Badan Pengurus yang tidak lagi kekal mentadbir terutamanya, Ustaz Abdul Malik, Ustaz Nik Rosdi, Ustaz Azrul, dan ... (hanya beberapa nama disebut, pastinya hidup ini tentu sedih tanpa PMRAM.

Secara peribadi, waktu meninggalkan kepimpinan PMRAM adalah waktu yang paling mengajar erti perpisahan dan kesabaran. Mengapa? Pada saya, kerana PMRAM mengajar kita sesuatu. Juga, PMRAM mendidik kita agar melakukan sesuatu. Semuanya PMRAM telah mendidik. Pasti, mereka yang meninggalkan saf PMRAM akan terus terkenang, peristiwa-peristiwa yang lalu, yang telah mendewasakan mereka di dalam PMRAM.

Saya yakin dan pasti Ustaz Labib, Ustaz Meor, Ustaz Amaluddin, Ustaz Jamal Najmuddin, dan sesiapapun yang hanya setahun mentadbir PMRAM, pasti mereka belum rasa kepuasan berada di dalam PMRAM. Apa ada pada setahun? Namun, setiap ketetapan itu adalah kunci nilai yang meletakkan kita di dalam rahmat Allah.

Tahniah kepada kepimpinan BP dan HEWI yang kekal. Kekal bukan bermakna kalian hebat. Tetapi kekal adalah untuk mencerminkan bahawa tanggungjawab dan amanah itu adalah roh yang tidak akan berkesudahan.

Fikir saya, sempena 80 tahun PMRAM ini, saya perlu buat sesuatu.



Comments

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim