Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, April 28, 2010

NUMRAM : Usah Jadi Barua Mahasiswa

Gambar dicuplik daripada laman web UMNO Mesir

ENTAH daripada mana datangnya pasukan ciptaan ini. Kedatangan Menteri Besar Johor, YAB Dato' Abdul Ghani Othman baru-baru telah dihuru harakan oleh komuniti NUMRAM (Nadi UMNO Mesir) yang mengatakan konon-kononnya 90% anak-anak negeri Johor terlibat dengan politik pembangkang.

Nah! Gambar di atas juga pastinya menjadi bukti bahawa pasukan 'barua' ini yang bertempik-tempik kepada YAB Menteri Besar Johor tentang hal ehwal ini. Bukankah budak-budak di atas ini juga yang bertahun-tahun tidak tamat pengajian di Mesir. Bagaimana pula mereka sempat membuat kajian tentang trend mahasiswa di Mesir?

Ketawa sejeda.

Barangkali saya fikir pasukan ini hanya sibuk membuat kajian-kajian palsu kemudian 'tidak pernah lulus' dan menamatkan pengajian di Mesir. (Duduk Mesir kerja buat kajian cari gali dan cat rumah orang)

Siapakah mereka ini? Adakah Nadi UMNO Johor Mesir yang sengaja dicipta-cipta? Barangkali mereka juga adalah pasukan 'pengilang' yang digajikan untuk melawan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) yang telah menjalankan amanah sebagai salah satu badan kebajikan dan persatuan anak negeri Johor di bumi Mesir.

Ketawa sejeda.

Untuk NUMRAM yang dikasihanikan,

Cukup-cukuplah buat masalah. Pergi ambil kitab dan masuk kuliah lebih baik daripada mencipta hal ehwal penipuan ini.


1 comment:

Puan Ainon Mohd. said...

Wah! "....90% anak-anak negeri Johor terlibat dengan politik pembangkang."