Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, April 28, 2010

Mari Ketawa Ramai-Ramai

PERATURAN DMAK YANG TELAH DIUBAH!!!

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di atas sebidang tanah seluas 2,212 meter persegi yang telah dianugerahkan kepada kerajaan Malaysia mulai tahun 1960 dan diletakkan di bawah kelolaan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

Hujah-hujah saya adalah seperti berikut :

1. Mengapa keluasan tanah itu sama seperti tanah yang diberikan oleh kerajaan Mesir kepada PMRAM?

2. Benarkah tanah itu dianugerahkan kepada kerajaan Malaysia? (Tolong jangan perasan)

3. Mulai tahun 1960, bangunan itu diambil alih. Mengapa pada tahun tersebut, sedangkan PMRAM sudah ditubuhkan semenjak 1930 lagi?

(Mari ketawa ramai-ramai)

Wahai Tuan-Tuan Pegawai JPMK yang tidak dihormati,

Tahukah Tuan bahawa saya 'lebih pakar' di dalam bidang kajian sejarah berkenaan PMRAM. Jika saya bertanya kepada Tuan soalan-soalan berkenaan sejarah ARMA (nama asal bagi DMAK) adakah Tuan dapat menjawab soalan saya?

Tahukah Tuan bahawa sejarah pembinaan asrama itu sehingga bagaimana bangunan itu boleh digadaikan kepada kerajaan Malaysia, ada di dalam pengetahuan saya. Jika saya membongkarkannya, tidakkah Tuan akan malu dengan kenyataan saya? (ayat-ayat belagak ini sesuai diberikan kepada mereka yang tidak tahu malu mengaku ARMA milik mereka)

Baru 'setahun jagung' dipindahkan ke Mesir sudah berlagak Maha Mengetahui semua perkara berkaitan dengan asrama itu.

Saya mohon penjelasan, siapakah yang pandai-pandai mengubah peraturan asrama itu? Mengapa peraturan asrama itu baru didagangkan pada saat dan waktu ini? Mengapa peraturan asrama itu tidak pernah digunakan sebelum ini?

Saya mohon mahasiswa tidak dibonekakan oleh JPMK lagi mulai saat ini. Mahasiswa yang penakut sahaja akan membontoti setiap arahan daripada pihak atasan.


3 comments:

Administrator said...

Salam.
Ada peluang tak masukkan isu barua JPMK,dan ARMA ni dalam parlimen? Saudara Syafiq boleh berikan, ceritakan fakta dan sejarah ARMA pada mana-mana MPs' di Malaysia. Atau mantan-mantan Badan Pengurus yang telah pulang ke Malaysia, bersatu dan suarakan perkara ini kepada MPs'.

Harap tus!

Administrator said...
This comment has been removed by the author.
Puan Ainon Mohd. said...

Kalau namanya pengampu UMNO, di mana-mana pun dia berdusta. Di bumi anbiya' pun dia berdusta. Itulah modal kerja paling mudah mahu mengampu UMNO, modal air liur basi sahaja.....