Assalamulaikum, Pelajar-pelajar yang dihormati lagi disayangi, 1. Secara peribadi saya selaku penasihat pelajar memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Tanta itu amat mengecewakan banyak pihak. Hal ini kerana kami datang dari jauh ke sana untuk membantu pelajar bagi memudahkan urusan mereka (urusan pengesahan/zakat dll) bukan menyusahkan. 2. Saya juga menasihatkan pelajar, jangan menyusahkan diri melakukan kerja-kerja polis dengan memeriksa kami. Saya dapati wakil PMRAM (pelajar) di Tanta tersebut ditelefon sebanyak 8 kali sewaktu berada di dalam kuliah oleh polis. Kemudian dimarahi pula selepas itu (Polis itu kerani rupanya). Saya berpendapat ini menganggu pembelajaran pelajar terbabit. Jika ibubapa pelajar tersebut tahu mungkin mereka juga tidak merestui hal itu berlaku kepada anaknya. 3. Apa yang berlaku itu bukanlah fitnah tetapi dakwaan seolah-olah sebagai wakil Kedutaan berdasarkan kewujudan polis dan kenyataan Puan Salwa (boleh rujuk padanya)dan beliau sedia dirujuk. Kaedah fiq...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran