Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, February 26, 2010

Hidup Berjuang Mati Terbilang



KATA-KATA keramat yang dilafazkan kepada diri saya adalah, "Hidup berjuang mati terbilang."
Adakah saya sudah melaksanakan amanah untuk menjadi seorang pejuang sejati? Adakah saya diantara beribu yang terpilih untuk mati syahid di hadapan Allah?

Saya ingin jadi seorang mujahidin sehebat tentera Palestin yang mati di dalam perjuangan Islam. Menegakkan agama Allah Taala. Mempamerkan akhlak Islam. Memperkenalkan jiwa dengan akhlak murni sebagai seorang Islam.

Apa juga tafsirannya... saya sudah berada di medan yang amat mencabar ini. Kalian? Moga Tuhan mengistiqamahkan saya...

Tambahan :

Seorang pelajar Ijazah Sarjana yang tidak faham apa itu dasar perjuangan bertanya kepada saya, "Apabila UMNO dan PAS bersengketa, Melayu rugi. Orang Cina dan India terkekek-kekek melihat kita."

Apa jawapan kita bagi kumpulan ini?

2 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

1. Kata-kata orang itu adalah 'pendapat'-nya, bukan 'fakta'.

2. Perjuangan yang diberi pahala adalah perjuangan menegakkan agama Islam (bukan perjuangan menyatukan Melayu).

3. Kita dapat lihat dalam PR, bukan-Islam pun selesa dipimpin oleh pemimpin Islam seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan DS Anwar Ibrahim kerana mereka tahu bahawa dasar-dasar Islam itu melayan mereka dengan baik sekali.

kayn said...

1.setiap perjuangan yang bermula dari niat yang murni dan tulus ikhlas kerana Allah S.W.T sudah pasti mendapat ganjaran di Dunia dan di akhirat.

2.Mempunyai keyakinan diri bahawa setiap perbuatan/amalan yang baik yang dilakukan akan mendapat balasan pahala dan syrga. Manakala ketaqwaan perlu disematkan pada jiwa setiap muslim.

3. InsyaAllah segala permasalahan akan terungkai dengan baik dan bantuan Allah S.W.T