Langkau ke kandungan utama

Penerbitan di Mesir - Malaysia BERBEZA

IZINKAN saya bercerita berkenaan dunia industri penerbitan. Walaupun bagi saya, buku tidak boleh dilabelkan sebagai industri kerana tidak disokong oleh kerajaan untuk mencetak buku-buku berilmu, namun kita masih berbicara soal industri buku dan penerbitan.

Di Malaysia, buku diterbitkan oleh penerbit. Penulis hanya menghantar manuskrip dan pihak penerbit akan menerbitkan karya tersebut sekiranya sesuai.

Dasar PTS, kita akan membayar royalti sebanyak 7% daripada harga cetak di belakang buku kepada mana-mana buku yang dijual di pasaran kurang daripada 5000 naskhah. Sekiranya naskhah itu meletup sehingga berpuluh-puluh ribu, nilai itu akan berubah dari semasa ke semasa mengikut perjanjian.

Bagi penerbitan buku di Mesir, sehingga hari ini penulis akan mengeluarkan modal mereka dan menerbitkan bersama PMRAM. Ini adalah suatu peraturan rasmi PMRAM disebabkan Kementerian Kemasyarakatan Mesir memaklumkan bahawa perintah penerbitan sesebuah buku tidak boleh diterbitkan sesuka hati kerana dikhuatiri buku-buku tersebut berlanggar dengan prinsip dan dasar politik kerajaan Mesir.

Oleh yang demikian, buku-buku yang ingin diterbitkan di Mesir hendaklah dicetak dengan menggunakan wang penulis sendiri. PMRAM hanya diberi amanah sebagai penerbit buku tersebut sahaja.

Ada penulis yang tidak mahu menerbitkan bersama PMRAM. Maka, PMRAM melonggarkan syarat iaitu izin edar. Maksud izin edar adalah buku-buku tersebut layak berada di mana-mana premis rasmi di sekitar Mesir.

Mana-mana buku yang tidak mendapat izin terbit atau izin edar daripada PMRAM akan mengalami permasalahan seperti yang dicatat di atas. PMRAM pernah mengalami situasi di mana, buku-buku bahasa Melayu dijumpai di merata-rata tempat. Apabila pihak penguasa menangkapnya, sekiranya penerbitan itu bukan daripada PMRAM, maka pihak PMRAM tiada kena mengena dengan hal ehwal tersebut.

Justeru, karya yang mempunyai nilai berkualiti dan boleh dipasarkan di Malaysia mengikut prinsip dan pematuhan syariah yang betul, boleh dihantar kepada PTS untuk penerbitannya.

Buku-buku agama boleh dihantar kepada Tuan Imran Azmi (imran@pts.com.my)

Tambahan :

1. Saya menguruskan buku-buku novel sains dan fantasi serta buku genre lelaki untuk bacaan umum. Karya yang baik boleh dihantar kepada (syafiq@pts.com.my)

2. Buku-buku yang dicetak di Mesir terutamanya novel adalah laku keras kerana jumlah penerbitannya hanya sebuah setahun menjadikan mahasiswa amat dahagakan karya sebegini.



Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Ooo... Begitu rupanya. Lain padang, lain belalang....
Thaaqhib Mohammed berkata…
rasa inferior nak menulis. takut org tak beli. dan takut jadi basi.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)