Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, February 23, 2010

Persiapan Jentera

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali sedang berucap di belakang

JENTERA PARTI sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dikhabarkan akan ada satu pilihanraya kecil yang akan diadakan di dalam negeri Selangor ini.

Perkara ini bertiup lebat di kalangan ahli-ahli parti. Sama ada perkara ini benar atau tidak, yang pastinya persiapan jentera harus diperhebat.

Lewat malam tadi, saya mengisi tajuk 'Ketaatan' di dalam usrah mingguan parti. Hampir satu jam isu ketaatan ini dibincangkan oleh ahli usrah sehingga perdebatan kecil berlaku.

Persoalannya, sejauhmana ahli mentaati kepimpinan? Sejauhmana arahan yang dikeluarkan oleh jemaah parti akan dipatuhi.

Hujung minggu lalu, saya bersama-sama adik-adik kita (mahasiswa universiti) bagi acara tarbiah. Ramai sudah memahami bahawa mengapa kita perlu kibarkan bendera hijau.

Tambahan :

PRU ke-13 sudah tidak lama. Tiupan angin berkencang akan berlaku pada tahun 2011 nanti. Lihatlah kerja-kerja Dato' Seri PM sepanjang setahun ini.




3 comments:

mumtazah said...

Saya setuju. Saya memang agak perasan angin-angin tu bertiup sedang bertiup kencang sekarang.....

Puan Ainon Mohd. said...

Angin ataupun tidak angin, kita tetap terus bekerja!

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Jika ditoreh lapisan kulitnya, saya yakin yang terhembur keluar adalah likat yang hijau sekali ;).