Langkau ke kandungan utama

Bisnes Berstrategi

Bercakap dan berceramah juga adalah salah satu jenis bisnes

Ramai usahawan mencari bagaimana strategi bisnes mereka. Ada usahawan yang menggunakan 'suara' sebagai modal bisnes. Barangkali kita boleh menggunakan suara sebagai modal bisnes. Namun, sejauhmana kita mampu menggunakannya? Apakah bisnes yang paling berstrategi?

Di bawah ini saya turunkan pandangan Sifu PTS berkenaan strategi bisnes. Beliau berpandangan bahawa sifat-sifat Nabi ini adalah salah satu strategi bisnes.

Syarat (i) kita mesti mempunyai sifat sidiq, yakni sentiasa berkata benar, tidak akan pernah berdusta dan menipu, kerana sifat ini akan membuat orang percaya kepada kita, lalu mereka suka berbisnes dengan kita, pelanggan pun suka menyerahkan wang mereka kepada kita.

Syarat (ii) kita mesti berpegang teguh kepada prinsip amanah. Apabila kita amanah, barulah pemodal (bank, individu) berani memberi kita wang bagi memodali bisnes kita sebab mereka yakin wang mereka selamat dan kita akan bayar hutang mereka, satu sen pun tidak berkurang.

Syarat (iii) kita mesti buat kerja-kerja tabligh, iaitu kita menyampaikan ilmu bisnes yang kita miliki kepada orang-orang lain, yakni kita akan tolong bisnes orang lain supaya maju.

Syarat (iv) kita mesti membangunkan sifat fatonah dalam diri kita, yakni kita sentiasa mempelajari ilmu-ilmu yang meningkatkan kepintaran kita menjalankan bisnes, biarpun itu bermakna kita harus belajar daripada tukang penyapu kita sendiri.

Tambahan :

Saya sedang berfikir potensi diri sebagai seorang usahawan.


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Ada dua jenis orang bisnes:

(i) Entrepreneur: Mereka menjalankan modal mereka sendiri dengan menubuhkan syarikat sendiri. Manusia jenis ini mempunyai ciri-ciri psikologinya sendiri.

(ii) Intrapreneur: Mereka bertugas dalam syarikat dan menjalankan modal yang dimiliki oleh pemegang saham. Golongan ini mempunyai ciri-ciri psikologinya sendiri.

Banyak orang korporat yang amat berjaya di tempat kerja mereka, kemudian mereka berhenti kerja dan membuka bisnes sendiri, kerana mereka yakin jika mereka boleh buat berjuta-juta untuk syarikat orang lain, maka tentu mereka boleh buat berjuta-juta untuk syarikat milik sendiri.

Kemudian mereka gagal, kerana mereka mempunyai bakat intrapreneur, bukan bakat entrepreneur.....
Tarbus Merah berkata…
Sungguh Puan Ainon seorang pakar baharu negara.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)