Berhenti Kerja


Kaki terpaksa melangkah pergi
jauh meninggalkan teman-teman
yang dulu mengenal erti tawa dalam rindu
sedih dalam pilu
kasih dalam syahdu.

25 Februari 2010,
tarikh keramat ini
aku meninggalkan dunia pekerjaan ini
yang berbelas-belas tahun lamanya ku harungi
turun naik bas
caci maki orang atasan
kerana untuk menyediakan
sesuap rezeki anak-anakku.

Hari ini mereka sudah tahu
halal dan haram dalam hidup
kecil dan besar dalam dosa
kerana amanah ini sudah tertunai
dan aku menamatkannya.

Tambahan :
Hari ini hari terakhir bagi mak saya bekerja. Selepas ini naik turun bas ke Singapura setiap hari tiada lagi dihadapinya. Di dalam usia 46 tahun beliau meninggalkan dunia kerjaya.

Comments

Ucapan selamat berehat dari dunia kerja untuk mama awak..

Akhirnya, ada juga puisi tertulis di sini setelah sekian lama.. :D
dan memulakan hidup baru....

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim