Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, February 21, 2010

Tauliah Oh Tauliah


DI ATAS meja saya, terdapat satu set borang tauliah. Wajarkah saya mengisinya? Saya tutup mata- buka mata-tutup mata semula.

Saya fikir, jikalau saya mengisinya nanti saya akan bawa fahaman yang 'luar biasa'. Barangkali waktu itu nanti saya akan dilabel bermacam-macam kerana membawa aliran yang maha pelik itu.

Lihat bagaimana Dr Asri sudah dilabel bermacam-macam sehingga ada dakwaan bahawa beliau ditangkap baru-baru ini atas tiket sebagai pembawa ajaran 'luar biasa' itu.

Media dan JAIS yang menggembar-gemburkan bahawa beliau ditangkap kerana tidak mempunyai tauliah hanyalah suatu alasan politik sahaja.

Jikalau mahu ditangkap kerana menyebar fahaman 'luar biasa' itu, mengapa tidak awal-awal lagi ditangkap? Mengapa perlu tunggu di kawasan negeri Selangor?

Oleh sebab hal ehwal demikianlah, saya tidak mahu lagi mengisi borang tauliah itu kerana saya juga bakal 'dilabel warga luar biasa' itu.

Tambahan :

1. Segulung sijil ijazah sarjana muda syariah juga tidak boleh diangkat sebagai seorang murabbi. Tetapi, segulung sijil ijazah sarjana muda kedoktoran (MBBS) ditambah ilmu agama yang diperoleh daripada ustaz-ustaz di masjid boleh dilabel sebagai murabbi.

Pelik bukan?


1 comment:

Puan Ainon Mohd. said...

Perlukah saya mengisi borang tauliah bagi mengajarkan teori dan teknik surah Yusuf?