Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, February 06, 2010

Ceria Bersama PTS

Ustaz yang pakai jubah itu luar biasa nampaknya. Beliau ke pejabat dengan memakai jubah.

MATA yang dipejam celik sudah sampai ke puncak. Bulan ini bulan kelima saya bersama PTS. Selepas turun daripada lapangan terbang, saya tidak pulang negeri Johor dahulu tetapi ke PTS di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur terlebih dahulu pada waktu itu dan ditemuduga (walaupun sebenarnya bukan temuduga).

Tuhan telah menjanjikan saya bersama syarikat penerbitan luar biasa ini. Semenjak saya mengintai-intai peluang ke PTS semenjak tahun 2006, rezeki saya berada di sini. Saya bukan di kelilingi orang-orang biasa tetapi staf-staf kami adalah orang-orang yang 'faham' erti perjuangan.

Tahun ini tahun kesepuluh bagi PTS. Barangkali penerbitan-penerbitan lain boleh lebih gagah seperti Karangkraf, ALAF 21 dan lain-lain. Tetapi, saya sungguh berpuas-hati dengan tahap pencapaian cemerlang PTS dalam masa 10 tahun ini.

Dua hari lepas saya berbual-bual di sebuah restoran bersama Tuan Arief Hakim Sani Rahmat (Pengarah Urusan PTS/ CEO). Ada nasihat besar beliau khabarkan kepada saya. Beliau berkata, kami generasi pertama telah membina tapak PTS. Maka, saudara sebagai generasi kedua mesti membangunkan dan mencantikkan lagi PTS ini.

Apabila bercerita berkenaan kejayaan PTS dalam masa 10 tahun ini. Beliau hanya sempat berseloroh, "Ini semua bantuan Allah. Kita tidak ambil mana-mana kontrak kerajaan."

Hari ini selepas 10 tahun, PTS sudah membeli tiga buah bangunan pejabat dan sebuah bangunan disewa.

PTS sudah ada ruang studio (penggambaran artis PTS/ penulis), bilik memasak (chef) bagi buku masakan. Saya berkeyakinan di dalam jangka masa terdekat ini banyak lagi ruang-ruang baharu yang akan diterokai.

Tambahan :

Gambar di atas adalah rakaman bagi program pihak pemasaran sempena Maulidur Rasul yang akan disambut tidak lama lagi.

Sewaktu rakaman berlangsung, saya seperti bersiaran di Pentas TV3 sahaja kerana penuh lighting (lampu) dan spotlight di kanan dan kiri.





2 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Al-fathil al-ustaz (bakal Dato') Syafiq....

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Amin Ya Rabbal Alamin...

Puan,

Dato' itu luas maknanya. Harap-harap Dato' PAS