Langkau ke kandungan utama

Hari Pejuang Bahasa - 15 FEBRUARI

Update gambar :
Ihsan Prof. Emiratus Abdullah Hassan (tokoh pejuang bahasa)

Sasterawan Negara, Dr Muhammad Hj Salleh di hadapan membicarakan tentang bahasa di dalam Pesta Penyair Nusantara tahun lalu

Hari ini, para pejuang bahasa akan bersidang dan berforum di Balai Budaya, Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Saya tidak dapat menyertainya kerana pulang ke Johor Bahru. Tetapi, biasanya di dalam program-program sebegini, nama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia akan disebut berpuluh-puluh kali.

Para pejuang bahasa akan terus bekerja demi memastikan bahasa Melayu tidak akan mati di pentas dunia Melayu pada hari ini.

Saya akan terus mengikuti perkembangan bahasa ini sepanjang tahun ini dan pada masa mendatang. Dari satu sisi, saya ingin memperjuangkan tulisan jawi yang lesu tidak diberi peluang untuk sama-sama bertahan sehingga hari ini.

Tahun ini juga cita-cita membawa khabar kepada dunia Melayu bahasa sebuah persatuan Melayu di bumi Mesir yang dinamakan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditindas oleh pemimpin Melayu yang maha penakut dengan UMNO.

Tambahan : Angin kuat sedang berkencang bahawa ada 'korupsi' sedang berlaku di pejabat pentadbiran di sana... :)

Mak Bedah suka bisik-bisik mendengarnya.




Ulasan

Najwa Najihah berkata…
Moga dipermudahkan urusan untuk memartabatkan jawi,InsyaAllah.Saya menyokong usaha Tuan Syafiq!

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)