Langkau ke kandungan utama

Nabi Muhammad : PEJUANG UNGGUL


Oleh : Syafiq Zulakifli

Rabiulawal menjelang lagi
terkenang kita rasul pilihan
Nabi Muhammad pemimpin umat
Pembawa rahmat pembawa berkat
Nabi ul hadi rasul mustofa.

Kehadiran bulan Rabiulawal amat dinantikan oleh segenap umat Nabi Muhammad saw. Sebagai Rasul yang menjadi ikutan umatnya, tentunya kita sentiasa menantikan bulan yang penuh barakah ini.

Bulan yang penuh rahmat dan berkat ini berkunjung lagi. Namun, apakah persediaan kita pada tahun ini? Adakah persiapan kita sama sebagaimana tahun-tahun yang berlalu? Adakah persiapan kita hanya mengungkap bicara 'aku sayang Nabi' sahaja?

Menelusuri perjuangan Baginda yang telah berlalu berabad lamanya, tentunya kita seharusnya merenung sejenak betapa keperitan yang Baginda alami semenjak Baginda masih di dalam kandungan lagi. Meningkat ke usia remaja dan dewasa, banyak cabaran yang terus Baginda hadapi sehingga Baginda dilantik sebagai pesuruh Allah.

Baginda pernah difitnah, dicaci dan dihina. Namun, sebagai pejuang yang terus kental dan tidak pernah pudar semangat perjuangan, Baginda menerima setiap ujian dan rintangan itu sebagai semangat baru di dalam hidup. Baginda tidak pernah menyalahkan takdir di atas ujian yang menimpa. Malah, setiap ujian itu, Baginda hadapi dengan tenang dan sabar.

Inilah dasar kekuatan kita. Sikap dan sifat sebegini seharusnya dicontohi oleh kita selaku umat Baginda. Kita tidak perlu rasa gentar dengan segala ujian dan dugaan yang diberikan. Jadikanlah Rasulullah sebagai contoh tauladan kita. Jadikanlah Baginda sebagai insan dan pejuang yang gagah mengharungi liku-liku perjuangan yang pastinya akan dibalas di syurga nanti.

Sejarah membuktikan bagaimana Rasulullah bersama-sama para sahabat pernah tewas di dalam Peperangan Uhud tatkala tamakkan harta. Sejarah juga pernah menukilkan betapa ketaatan yang tulus diberikan kepada ketua dan pemimpin itu berhasil setelah berakhirnya Perang Badar.

Berbanggalah kita menjadi umat Nabi Muhammad yang terus ditarbiyah dan diberikan makanan rohani. Tentunya sebagai pemuda yang memahami dasar perjuangan Islam, kita tidak akan leka dengan amanah yang Allah Taala telah berikan kepada kita. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agama-Nya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka jadilah mereka orang-orang yang menang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...