Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, February 07, 2010

Apabila UMNO Jadi Peminat


PEMINAT blog saya ada bermacam-macam jenis orang. Ada berfahaman mazhab UMNO, ada yang berfahaman mazhab PAS, DAP dan sebagainya. Terima kasih kerana menjadi peminat setia.

Kumpulan ini adalah peminat penting saya. Mereka meninjau perkembangan blog ini semenjak saya berada di Mesir sehingga hari ini. Isu-isu mahasiswa yang saya bangkitkan mereka akan menjadi peminat setia.

Mereka jadikan saya makhluk suci. Jikalau saya ada lakukan satu kesalahan, maka dosa itu sebesar dosa seorang ulama.

Saya ucapkan terima kasih kepada peminat saya itu. Sekurang-kurangnya mereka jujur di atas perbuatan mereka. Melihat perkembangan saya dari hari ke hari.

Mereka bukan tahu apa yang berlaku lebih daripada apa yang mereka lihat di dada blog ini. Mereka bukan tahu apa yang lebih teruk daripada itu. Tetapi, saya berpendirian bahawa kumpulan ini adalah kumpulan yang berani menentang saya juga menentang PMRAM ketika di Mesir.

Kesimpulannya, apabila UMNO jadi peminat saya, saya sebenarnya sudah sampai kepada label popular.

Tambahan :
Lantaklah UMNO!


No comments: