Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, November 17, 2009

Jawapan Balas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

HARI INI, YB Dato' Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah menjawab surat e-mel yang saya hantar kepada beliau. Terima kasih Dato' kerana sudi menjawab soalan saya.

Oleh kerana isu ini sudah dibawa ke Parlimen, barangkali Dr Jamil telah diarahkan- dipanggil oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menjawab persoalan ini. (Dr Jamil dalam penerbangan Kaherah-Kuala Lumpur)

Antara isu yang akan ditanya adalah :

1. Tujuan Dr Jamil membatalkan program Pembacaan Hadis Sahih Bukhari di Mesir.

2. Tujuan Dr Jamil mengarahkan pegawainya mencabut kain rentang yang diletakkan di Dataran Hayyu Asyir.

Kita mendoakan agar Dr Jamil dapat menjawabnya dengan tenang.

Tambahan :
YB Timbalan Menteri bertanya di dalam e-melnya. Bilakah PMRAM ingin berdaftar dengan kedutaan?









9 comments:

Penduga Arus said...

Salam ustaz syafiq.. Minta izin ambil video ini diletakan di blog saya.. syukran

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Salam Ustaz Amiruddin

Saya tidak punya masalah. Silakan.

Puan Ainon Mohd. said...

Dahsyat....

Hazam said...

Semoga Dr. Jamil dapat jawab dgn tenang dan baik. Ntahla Syafiq, setahu saya Dr. Jamil balik ke Malaysia kerana menerima pingat daripada sebuah negeri. Can you please check your facts before publishing your article? This article is not a fiction, and you must hold accountable of what you produce here. Dont get sued because of libel or defamation.

You should make people THINK after reading your material and go beyond the pages and go deeper between the lines. Present FACTS and TRUTH. Your material must have values...so that people will value your works and your works have values.

If this is they way you write, you will never go far and your editorial work will go to waste...and you will only do good in tabloids mongering gossips.

One more thing, I dearly suggest that you drop some of your self-proclaimed attributes/characteristics as some of the are too remote for you to owing them.

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Encik Hazam yang dihormati,

Sejauhmana tafsiran orang terhadap saya, sejauh itulah yang diharapkan.

Sekurang-kurangnya saya ingin menyampaikan hasrat hati biarpun menjadi sasaran (orang membenci).

Apa lagi kuasa yang ada pada saya pada hari ini. Jika dengan tulisan tidak ada pihak yang memperbetulkan kesalahan masing-masing, selagi itu rugilah saya hanya menjadi seorang penulis.

Ezo said...

Jangan ANGKUH sangat....En Hazam PTD..cakap berdasarkan pengalaman tuh...jangan cuba jadi juara isu KUTUB SITTAH nih....kalau ko nak jalan lagi jauh...dengar cakap En HAzam tuh..

Satu lagi...tolong beritahu ZULKIFLI NORDIN tuh,KELAB UMNO tak sesekali menyokong program kutub sittah.kalau aku,aku sokong secara peribadi...bukan atas nama KELAB.Aku yang membawa imej KELAB UMNO ini setuju tindakan Dr Jamil menghantar surat kepada AL AZHAR sebab JPMK pun nak adakan konvo.Kenapa dalam iklan PMRAM cakap bab "konvo" kepada mahasiswa tahun akhir dan "ukur baju" kalau betul nak buat kutub sittah tak payah nak sebut "konvo" ke hapa jadah.Pegawai KEDUTAAN terutamanya Dr Jamil BUKAN BODOH!!! dia tahu apa yg korang nak buat!!!!

Bukankah pembacaan kutub sittah berjaya diadakan juga akhirnya? kenapa PMRAM tak marah AL AZHAR yang membatalkan diadakan di ACC? kenapa marah dengan JPMK pula? Tak nampak ker seolah2 PMRAM saja nak mainkan isu ini nak raih simpati budak2 nih???

cukuplah...fikir baik2,org lain tak bodoh...

Hazam said...

Saudara Syafiq yang dikasihi,

Teruskan perjuangan Syafiq menjadi penulis. Soalnya, untuk menjadi penulis yang baik, Syafiq perlu menghasilkan naskah yang berkualiti dan memberi impak kepada masyarakat serta membawa golongan pembaca menjadi pemikir.

Penulis adalah penyelidik yang tekun dan serius. Di Barat penulis fiksi menghabiskan masa bertahun membuat penyelidikan sebelum menulis, hasilnya novel yang berkualiti dan memberi kesan kepada pembaca.

Malangnya, penulis kita kurang melabur usaha di dalam aspek ini. Ramainya menulis mengikut perasaan dan begitu emosi sekali. Hasilnya, karya sampah yang tidak mempunyai jiwa sebab jiwa karya yang sebegitu terlalu fokus pada perasaan dan emosi penulisnya sehingga mengabaikan jiwa sejagat yang sepatutnya dimiliki oleh sesuatu naskah sastera. Tanpa jiwa sejagat, naskah tersebut hanya akan menembusi jiwa pembaca yang senada dengan penulis sahaja...

Sebab itu Syafiq, saya nasihatkan Syafiq supaya berlaku adil di dalam penulisan. Buka jiwa dan minda untuk terima pendapat baru. Nilai situasi dari segala sudut bukan hanya dari POV kita sahaja. Persembahkan satu naskah yang padat dengan fakta dan kebenaran dari kedua-dua pihak (pros and cons) dan biarkan pembaca berfikir dan buat keputusan sendiri...itu lebih terkesan.

Sebagai contoh peribadi saya, setiap kali saya teringatkan karya Mitch Albom, Tuedsays with Morrie, saya terkenangkan guru-guru dan ustaz-ustaz saya sehingga menitiskan air mata. Magisnya, boleh dikatakan semua pembaca karya tersebut di seluruh dunia rasa perasaan yang sama walaupun pengalaman berbeza. Mengapa? Sebab jiwa sejagat yang karya tersebut miliki.

Lewat ini, saya perhatikan tulisan Syafiq di blog ini penuh dengan perasaan benci. Apa salahnya kalau Syafiq selidik dulu? YM saya pun Syafiq ada kan...just ask me and I shall tell you what really happens. Lepas tu baru tulis...

Apa pun, saya doakan Syafiq berjaya dalam bidang yang dicintai ini...dan timbang-timbangkanlah nasihat saya ini moga-moga Syafiq tak rugi dengan hanya menjadi penulis.

Ingat Syafiq, semua orang boleh menulis, tetapi tak semua boleh jadi penulis. Penulis pun tak semuanya boleh jadi penulis kalau hanya rasa menjadi tinta dan emosi menjadi lembarannya. Penulis hanya boleh menulis sahaja jika minda tak berada di mata pena.

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Encik Hazam yang dihormati,

Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Saya hargai setiap patah perkataan.

Sejujurnya, bukanlah niat saya untuk mempersendakan mana-mana pihak. Tetapi, jauh di sudut hati saya inginkan kedua-dua pihak sama ada PMRAM mahupun JPMK mampu duduk semeja dan bekerjasama.

Oleh sebab hal yang demikian, saya perlu bersuara supaya suara mahasiswa kecil seperti saya didengar.

Saya faham benar, emosi barangkali menguasai diri. Sebagai orang muda, kadang-kadang kita terpaksa cepat melatah kerana jiwa memberontak itu lahir daripada dalam.

Apa juga yang diharapkan Encik Hazam, saya ucapkan terima kasih.

Saya berdoa moga-moga Allah kabulkan doa saya agar PMRAM menghormati MSD dan MSD memahami kehendak mahasiswa (PMRAM).

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Saudara Ezo,

Saya tidak pasti, apakah saudara sedang memarahi saya.

Apa juga pandangan saudara, saya ucapkan terima kasih.

Tambahan :
Lembut tak hati saya :)