Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, November 25, 2009

Filem '2012' Hancurkan Pemikiran Umat Islam


BARANGKALI mereka (umat Islam ataupun bukan) menyangka bahawa gambaran yang ditunjukkan berlakunya bencana sebelum kiamat adalah sebagaimana yang dirakamkan di dalam filem 2012.

Saya amat tidak berpuas hati kerana filem ini sebenarnya telah dijadikan karya besar dan lebih satu juta orang menontonnya.

Dari satu sisi yang berbeza, tarikh 21 Disember 2012 yang diceritakan akan berlakunya hari kiamat juga menyalahi akidah orang Islam. Apakah tarikh tersebut signifikan dengan ketentuan Allah.

Jikalau mereka yang tidak memahami asas agama dengan kukuh, maka filem ini telah merosakkan sebahagian daripada akidah umat Islam dan barangkali terus menghancurkan pegangan tauhid yang selama ini dipegang oleh mereka.

Ada beberapa perkara yang saya amat tidak bersetuju kerana saya orang Islam dan memahami asas dan bagaimana pembentukan Islam itu berjalan. Walaupun dari sisi yang lain, filem ini sekurang-kurangnya menyedarkan umat Islam bahawa kiamat itu pasti akan datang.

Benarkah bencana kiamat itu datang secara beransur-ansur? Apakah kita ketahui apabila tiupnya sangkakala Israfil itu, maka hancurlah bumi ini.

Apapun, tahniah kerana 2012 amat adventure sifatnya.

(Macam nak tengok lagi sekali)

7 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Tidak setuju, tetapi suka tengok.... Hehehe....

rahmahmokhtaruddin said...

haha.. lawak la.. best eyh? nk kene tgk la nmpknya ni..

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Puan Ainon,

Pelik tak? Macam tak ada pendirian pula.

Mr @R@icO said...

salam alaika...

wahai saudara,stiap yg berlaku mesti
ade hikmah nye...
filem 2012 sekadar medan untuk menguji sejauh mana akidah dan tauhid umat islam sekarang...
kite xley salah kn sesape dlm hal nie,kite patot salah kn dri kite sndri...klu da th filem tu bodoh ke,xbetul ke,khurafat ke,syirik ke,kite jgn la tgk,kite cube jauh kn...itu yg terbaik...wallahualam bissawab..

salam.....


mr araico

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum.

Saya dah tonton. Saya puas dengan hasil kerja grafik mereka. Berbaloi dengan kos USD 200 juta.

Berkenaan dengan akidah kita atau sebagainya. Kita tak boleh nak halang. Isu peristiwa kiamat atau teori nostradamus atau apa2 teori kemusnahan telah menjadi medan ilmiah sekian lama kepada semua agama.

Kesan grafiknya sangat memberi kesan terutama mereka yang berfahaman atheis. Namun "Syaiuun Azhim" yang diberitakan dalam Al Quran ialah kemusnahan yang tidak diduga dan diketahui oleh makhluk. Ianya merupakan rahsia besar. Perkhabaran2 inilah yang telah menajdi mereka yang tidak beriman dengan Allah cuba mengkaji dan mengkaji.

Sebelum ini, filem The Day After Tomorrow dan filem Armagedon juga lahir dari teori2 ini. Ini timbul kerana ketakutan mungkin dari mereka. Namun pemuka-pemuka Yahudi terbahak2 melihat kita.

adam said...

mr raico,,,maksud ustaz syafik tu bukan la bermaksud cerita itu khurafat ke apa,,tapi ditakuti bg ummat islam yg sekarang ini mudah terpedaya dengan anasir barat dlm menyelewengkan akidah ummat islam dengan menggunakan unsur sebegitu,,,ummat islam sekarang ini lebih terpedaya dengan anasir sebegini dlm bab akdidah,,lagi2 kita lihat contoh seperti mereka yg mengaku rasul,,berapa ramai pengikut meraka,,senang meraka terpedaya,,

ape yg bgs nya filem ini adalah memberi kita kesedaran yg tinggi bagaimana untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH,,,kiamat ALLAH pada bila2 masa,,dan tidak tentu hari,,ape2 yg penting kita besedia dgn amalan untuk dibawa kehadapan ALLAH.,

smart-n said...

Huhu... kepada yang terpengaruh mulalah percaya yang manusia boleh hidup lagi dan bersedia untuk mencari duit untuk tumpang sekaki naik kapal (idea bahtera Nabi Nuh)...

tp secara logiknya sendiri diakhir cerita itu bukanlah kiamat seperti yang mereka canang2kan di awal cerita. Saya x tahulah kalau agama lain itu percaya pada hari kiamat atau tidak. Bagaimana pendapat dan tanggapan mereka kepada hari kiamat tersebut.

Sebab di akhirnya keadaan seperti berlaku bencana alam yang besar dan dahsyat dan akhirnya reda tak seperti kiamat yang mereka perkatakan.

Sebenarnya jalan cerita nyer sendiri x berapa nak smooth dan tunggang langgang. kalau efek jadikan perbandingan memang berbaloi dengan kos. tapi kalau jalan cerita untuk itu bolehlah sekadar hiburan semata2.