Langkau ke kandungan utama

Khilaf Ulama

SAYA sedang mengarang sebuah cerpen yang berjudul 'Tajdid'. Tapi, saya tidak sudahkan penulisan itu. Saya takut kalau-kalau karya itu nanti terbit di mana media perdana akhirnya si 'dia' menyaman saya seolah-olah saya sedang mengkritik beliau.

2

Isu yang sedang berputar pada hari ini membawa kepada pentafsiran peribadi. Apalah ada pada sebuah khilaf jika ukhuwah dicampak ke tepi.

Saya bukan pro Dr Maza, saya juga bukan pro mana-mana pandangan, tetapi saya ingin menutup ulama dalam propaganda.

Perbezaan pandangan ulama itu suatu rahmat. Ya benar. Ulama dahulu pun juga berkhilaf dalam memberikan pandangan. Maka, pandangan itu ditarjihkan. Namun, bukanlah yang tarjih itu adalah yang terbaik.

Misalnya begini. Dalam masalah membaca bismillah sebelum Al-Fatihah. Ada ulama yang meletakkan bahawa bismillah itu wujud dalam Al-Fatihah. Maka, ketika solat, wajib dibaca bismillah itu.

Ada pula ulama yang tidak meletakkan bismillah itu dalam Al-Fatihah. Maka, mereka yang berfahaman mazhab tersebut mengambil pandangan ulama tersebut. Sebab itu, jika kita ke Mekah, ada sebahagian ibadah jemaah dari negara lain tidak sama dengan ibadah kita.

Kita ada Imam Syafie, justeru mengapa kita tidak menjadikan pandangan Imam Syafie dalam kerja ibadah kita?

Ada pula yang memandaikan-mandai mahu mentajdidkan pandangan ulama dalam kehidupan ibadah mereka.

Entahlah. Saya juga seorang yang jahil.


Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Tuan Syafiq yang dimuliakan,

Perbuatan berbeza pemikiran tidak berbahaya. Itu sebab dalam al-Quran perkataan "berfikir" banyak digunakan.

Yang Tuhan marah adalah perbuatan "tidak berfikir". Itu sebab banyak ayat dalam al-Quran di mana Allah memarahi orang-orang yang tidak berfikir.

Mari kita raikan mereka yang berfikir dan berbeza pemikiran.

Seperti yang tuan sebutkan, perbezaan pemikiran adalah rahmat....
ihsan berkata…
lansung tidak ilmiah hujjah dan komentar seorang pelajar mesir biarpun ana juga azhari , anta dinasihatkan mengkaji sebaiknya ...
bukankah ada 2hadis menceritakan hal basmalah?samada sir atau jahar?jadi drmaza tidak pernah utk mengkritik mana2 antara keduanya!kita hanya mengkritik jika pengambilan itu dari hadis yang thaif!minta jgn malukan azhari
Azzikraa berkata…
Assalamu'alaikum,

Saya setuju tuan teruskan penulisan tersebut untuk sama-sama kita membuka minda dan memperbaikinya.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)