Langkau ke kandungan utama

Deklamasi Puisi

INI adalah kali ketiga saya mendeklamasikan puisi. Kali ini di hadapan tetamu dari luar negara. Ada yang datang dari Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand dan tetamu dari Malaysia.

Di hadapan Puan Fauziah Nawi (pelakon), di sisi penyair tegar tanah air Lim Swee Tin, Ahmad Sarju, warga Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan ramai lagi.

Puisi yang saya sampaikan adalah puisi yang pernah saya karang di Mesir. Puisi itu pernah saya bacakan di Asrama Rumah Johor, Kaherah tetapi menukar beberapa diksi dan menerbitkannya ketika di Malaysia.

Karya ini dibukukan dalam Antologi Penyair Muda Malaysia Indonesia sempena Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 ini.

2
Komitmen

Selepas dua bulan berada di Kuala Lumpur, ada satu perkara yang menjadi fikiran. Ia bersangkutan dengan masalah komitmen peribadi. Saya harus melunaskan beberapa tanggungjawab termasuk hal ehwal sastera dan khidmat kepada masyarakat.

Tetapi seringkali ada sesuatu yang menjadi dilema. Barangkali hari ini boleh saya duduk diam lagi, tetapi selepas enam bulan pasti lebih macam-macam karenah.

Baru-baru ini saya turun ke bersama rakyat di Gombak, Selangor. Mereka meluahkan perasaan mereka dan memaklumkan bahawa anak-anak khusus di Gombak bermasalah dan perlu ada pihak yang datang membantu seperti memotivasikan, menyedarkan mereka dan bermacam-macam lagi. Ada yang ponteng sekolah, ada yang tidak mahu belajar dan ada pula yang mengedar dadah. Saya perlukan rakan-rakan untuk sama-sama membantu rakyat kita di sini. Jika mahu diharapkan pada saya seorang, barangkali saya hanya berkata, "saya sudah jalankan tanggungjawab saya."

13 Disember nanti, saya diamanahkan untuk menjadi jawatankuasa bersama rakyat di kawasan Gombak. Acara khatan beramai-ramai. :)


Ulasan

Melihat Kesunyataan berkata…
Syafiq,
Tahniah. Saya pun ada mendengar pengucapan puisi di rumah PENA malam itu. Teruskan berbakti dalam dunia sastera. Syafiq punya bakat yang besar.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)