Langkau ke kandungan utama

Bermain Pentas Drama TV

SEMENJAK tahun 2008, saya sudah pasang niat dan cita-cita menghasikan manuskrip drama TV. Tetapi saya amat tidak serius menukangnya kerana tiada insan yang mahu membimbing. Akhirnya saya membawa diri ke arus penulisan genre cerpen dan puisi.

Novel masih membeku di dalam laptop kerana tidak dapat saya menghabiskan jalan ceritanya. Barangkali bermain dengan aksara panjang saya kaku.

Baru-baru ini, ketika ke Anugerah Media Islam Negara (AMIN) yang memberi penganugerahan kepada penulis skrip drama, penerbit drama, pengarah drama; tiba-tiba hati saya terusik.

Hati saya berkata,"Jika saya salah seorang daripada mereka apa salahnya?"

Oleh kerana saya fikir, menulis skrip drama adalah salah satu daripada medium dakwah pantas yang paling berkesan, mengapa tidak saya menulis skrip drama? Sebagai contoh, drama Nur Kasih di TV setiap hari Jumaat di tunggu-tunggu oleh sebahagian besar penonton di Malaysia, ini menunjukkan drama berunsur Islam sudah mula dinantikan oleh penonton kita.

Oleh hal yang demikian, saya sedang mencari-cari peluang berguru menulis skrip drama walaupun sebenarnya saya sudah hampir selesai menuntut ilmu dengan beberapa orang teman yang terjun ke dalam industri ini.

Saya yakin bahawa PTS Publications & Distributions akan membuka anak syarikat yang menguruskan hal ehwal drama TV dalam masa 5-10 tahun dari sekarang. Oleh hal yang demikian, tugas-tugas mengarang skrip drama perlu ada yang memakarinya agar PTS tidak kontang untuk mendapat idea.

Tambahan :

1. Saya pernah berbual dengan CEO HPA Industries Sdn. Bhd. yang mempunyai lebih 10 buah anak syarikat. Beliau memaklumkan kepada saya, "Kami di dalam perancangan membuka anak syarikat berunsur drama TV dalam tempoh terdekat."

Tahniah buat rakan-rakan niaga yang amat sayang industri filem dan drama.

2. Kadang-kadang, apabila setiap hari menghadap manuskrip (novel), kita yang mahu mengarang novel pun jadi terbantut. Sebab itu, Faisal Tehrani menulis dua buah manuskrip novel diselangi dengan satu manuskrip drama.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)