Disalin daripada Blog UNIKA PTS
(www.universitipts.com)
Tn. Arief Rahmad, Presiden Kumpulan Syarikat-syarikat PTS, memberitahu bahawa PTS sekarang sudah membeli 3 unit dan menyewa 1 unit kilang berderet di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur.
Bagi menampung keperluan yang lebih besar selaras dengan perkembangan bisnesnya, selepas ini PTS tidak akan membeli tambahan unit kilang berderet di Dolomite Business Park, sebaliknya PTS akan mencari tanah bagi tujuan membina bangunannya sendiri.
Menurut beliau, luas tanah yang diperlukan adalah minimum 1 ekar, dan lokasinya di tempat yang memudahkan operasi bisnes PTS.
Tambahan :
1. TIGA TAHUN dari sekarang, insya-Allah, PTS akan berdiri digedungnya sendiri. Pada waktu itu juga barangkali PTS sudah masuk bursa saham.
2. Kerja buat semua ini datangnya dari Tuhan.
Ulasan