Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, November 20, 2009

Pertemuan Penyair Nusantara ke-3

Forum yang panas dengan soalan mantap para penyair nusantara
Dari kiri : Wakil Singapura, Wakil Malaysia, Pengerusi, Wakil Brunei, Wakil Thailand, Wakil Borneo, dan kerusi kosong ada Wakil Indonesia

SAYA baru pulang dari program "Pertemuan Penyair Nusantara ke-3" yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Gambar-gambar menarik saya akan uploadkan di facebook selepas tamat program insya-Allah.

Hari pertama ini sungguh banyak pengalaman baharu. Pengalaman sebagai seorang pengatur acara besar peringkat nusantara. Awal-awal pagi lagi rupa-rupanya saya duduk di sebelah Encik Isa Kamari (Singapura) yang kini sudah bergelar Sasterawan Negara Singapura. Di Singapura, Anugerah Sastera Negara dipanggil Anugerah Tun Sri Lanang.

Sungguh ini adalah sebuah pengalaman penting yang saya harus coretkan. Selepas solat Jumaat, saya memilih tiga buah buku dibeli secara percuma di Dewan Bahasa dan Pustaka kerana saya memenangi baucer sebagai pemenang Sayembara Deklamasi Puisi yang dianjurkan di Auditorium DBKL baru-baru ini.

Saya kagum melihat teman-teman dari Indonesia, Brunei dan Thailand. Oleh sebab banyak perkara yang perlu didokumentasikan, saya tidak tahu bagaimana seronoknya program itu.

Esok, saya akan berada di Menara Kuala Lumpur pula untuk acara deklamasi puisi di sana.

Maaf kerana catatan ini terlalu ringkas.

No comments: