Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, November 22, 2009

Saya Bukan Pegawai Kementerian!

Wajah tiga orang penulis muda yang aktif mengarang. Salah seorang dari mereka adalah pelajar ASWARA tetapi hidup mewah sepanjang menuntut ilmu kerana menulis skrip drama dan filem.



SEBETULNYA, lidah kelu berbicara sepanjang tiga hari di Dewan Bahasa dan Pustaka, saya seringkali di sapa sebagai seorang pegawai kementerian.

"Saya seorang editor di PTS", saya mengambil peluang menjawab persoalan yang diajukan.

Beberapa bentuk soalan itu adalah :

"Saudara dari Kementerian mana?"

"Adik di Dewan Bahasa Pustaka bahagian mana?"

"Sudah lama bertugas di DBP?"

***

PERTAMA, saya harus mengucapkan terima kasih kepada PTS yang menempatkan saya di bahagian urusan sastera. Saya mampu turun bersama teman-teman penulis sama ada menulis novel, puisi mahupun cerpen.

Saya mampu bertukar-tukar pendapat bersama penulis skrip drama dan filem, penyair dari kepulauan Borneo.

Puan Nisah Haron berseloroh, "Syafiq jadi wakil PTS di semua program sastera ya!"

Sepanjang berprogram selama tiga hari ini, saya bukan hanya membawa identiti sebagai seorang jawatankuasa PENA yang menjadi penganjur utama, malah saya membawa identiti seorang editor PTS. Teman-teman penulis memuji-muja PTS di atas perkembangan pesat penerbitan bukunya. Saya turut berbangga kerana berada di antara sebahagian daripada keluarga PTS.

Alhamdulillah, sepanjang tiga hari di Dewan Bahasa dan Pustaka, saya fikir lebih dari lima orang pengarang yang sudah berjanji menerbitkan karya dengan saya dan menghantarnya kepada saya. Insya-Allah, saya akan membantu penulis untuk membangunkan karya-karya mereka dan dibaca oleh generasi hari ini dan akan datang. Ada juga penulis yang saya sudah ajarkan mereka menulis karya best-seller.

Mempengerusikan majlis

Dato' Johan Jaafar kini sebagai CEO Besar Media Prima. Empat stesen TV swasta di bawah pentadbiran beliau.

HARI ini, kali pertama suara saya berkumandang di pentas Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mempengerusikan majlis penutup program. (Semalam hanya mempengerusikan majlis secara santai)

Gementar seluruh anggota dirasai. Di hadapan Dato' Johan Jaafar selaku Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, setiap butir kata perlu disusun dengan kemas lebih-lebih lagi saya berada di hadapan pakar-pakar bahasa.

Pegawai kanan DBP juga berada di dalam acara tersebut. Ketika saya mengarang pantun acara majlis, saya perlu memilih kata yang terbaik supaya tidak disalah ertikan.

Sesungguhnya pengalaman berada di hadapan tetamu kehormat besar negara sudah lama saya tidak hadapi. Kali terakhir pun, ketika di Mesir di hadapan YB Dato' Zainal Abidin Osman, Exco Agama Kerajaan Negeri Johor.

Sungguh ini sebuah pengalaman.

Brunei Tuan Rumah ke-4

Selepas Kuala Lumpur, persidangan bersetuju memilih negara Brunei Darus Salam untuk menjadi tuan rumah bagi acara tahunan ini.

Catatan seterusnya : Berpuisi di Menara KL


No comments: