Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, November 27, 2009

Surat-Surat Untuk Faizal Sabhon

Assalamualaikum w.r.b. dan Salam Idul Adha,

Didoakan agar saudara berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya lebih-lebih lagi kita di dalam bulan Zulhijjah yang penuh barakah ini.

Saudara yang budiman,

Saya baru selesai membaca artikel saudara yang berjudul PMRAM raih simpati . Terima kasih di atas komentar yang saudara berikan terhadap isu mahasiswa kita di Mesir.

Barangkali niat saudara ingin meneruskan penulisan sehingga kepada episod empat saya hargai. Barangkali juga saudara maklum bahawa saya adalah salah satu entiti daripada anggota PMRAM. (Walaupun kini sudah tiada kena-mengena dengan mereka).

Oleh kerana saya adalah entiti daripada mereka dan saya pernah menakhodai pergerakan mahasiswa ini, saya perlu jelaskan kepada umum agar mereka yang hanya memakai pandangan saudara sahaja barangkali akan terfikir bahawa, PMRAM sebenarnya yang sengaja membuka isu.

Saudara yang budiman,

Percayalah bahawa krisis mahasiswa kita di Mesir tidak akan berakhir selagi kedua-dua pihak sama ada PMRAM ataupun JPMK tidak berlapang dada menerima hakikat pentadbiran masing-masing.

Masing-masing saling menuduh dan mereka mahukan kemenangan semata-mata. Apatah lagi isu yang sudah reda ini sengaja saudara api-apikan kemarahan mahasiswa kita sehingga menghasilkan artikel bersifat provokasi.

Pernahkah saudara terfikir bahawa saudara dihantar ke Mesir dengan pembiayaan MARA adalah semata-mata menuntut ilmu, meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan menjadi mahasiswa cemerlang. Pastinya, itulah yang diharapkan oleh entiti kerajaan juga MARA sebagai penyumbang besar saudara melanjutkan pelajaran.

Realitinya, mahasiswa Ijazah Sarjana tidak lagi akan bersuara di khalayak kerana ingin menumpukan perhatian kepada tesis pengajian dan memperdalamkan ilmu mereka. Justeru, adalah lebih elok saudara juga begitu. Penumpuan di dalam bidang pengajian lebih aula daripada terus memperkatakan isu mahasiswa yang hanya mendatangkan marah sahaja. Saya tidak pasti apakah saudara dibayar oleh NUMRAM (Kelab UMNO Mesir) kerana Badan Penerangan mereka langsung tidak bersuara. Barangkali mereka penakut dan memang bisu!

Saudara yang banyak berkorban,

Percayalah bahawa sikap kesarjanaan kita mencerminkan jiwa kita yang sebenar. Jika saudara terus memperjudikan dan mempertaruhkan emosi semata-mata, saudara akan tersepit ke dalam jurang yang pastinya akan diperlekeh oleh bangsa dan agama.

Sebab itu saya secara jujur tidak bersetuju sekiranya saudara membuka dan terus melanjutkan isu yang pastinya tidak akan berakhir dengan aman dan tenteram.

Marilah sama-sama kita berdoa agar PMRAM terus releven sebagai sebuah persatuan yang memberikan kebajikan kepada mahasiswa. Jika PMRAM hanya syok sendiri dan mengatakan bahawa mereka sahaja yang betul, kita nasihatkanlah. Jika JPMK hanya duduk gembira mendengar perintah daripada pihak atas, kita maklumkanlah bahawa kuasa itu hanya di dunia semata-mata.

Percayalah bahawa jika semua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing pasti kita akan terus aman dan sentosa.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Tambahan :
Mohon maaf dalam keriuhan bulan Zulhijjah yang mulia ini.


3 comments:

Ezo said...

emosi saya tidak sedikit terganggu dengan surat anda.Bahkan saya akan terus bersemangat.Siapa yang membesar-besarkan isu ini? selepas 20 Oktober,isu ini tidak lagi relevan.Tapi PMRAM tetap mainkan isu ini kerana RAIH SIMPATI.

Terima kasih sahabatku kerana mengingatkan tugas utama saya selaku mahasiswa sarjana.

Namun,saya rasa anda perlu juga mengingatkan Saudara Hairul Nizam,penasihat PMRAM.

Apakah anda lupa,semasa Hairul Nizam memegang jawatan Pesiden PMRAM,beliau merupakan mahasiswa sarjana?

Beliau juga bersuara seperti saya cuma rentak berbeza.Beliau Pro PMRAM dan bukan pro kerajajaan,sementara saya Bukan Pro PMRAM dan pro kerajaan.

Tidak salah anda menegur saya.Saya hargai.Namun berlaku adillah.Bukankah Adil itu pronsip utama Islam.

Akhir sekali,anda tetap rakan saya walaupun anda "berubah 2000 peratus sejak mula-mula memegang jawatan dalam BKPJM dan PMRAM.Anda yang saya kenal dari tahun 2000 berubah sangat.

Hanya pada tahun pertama (2004/2005) ada di Mesir yang ketika itu masih FRESH tidak diganggu mana-mana virus pembangkang saya lihat wujud erti persahabatan itu.

Semoga berjaya di Malaysia yang merupakan medan sebenar itu.Alangkah bagusnya SYAFIK kalau dapat berdakwah mengunakan SASTERA membetulkan masyarakat kita.

Saya tak pandai "bersastera" seperti anda.Walaupun saya kurang sangat dalam bidang itu,saya amat suka melihat kejayaan anda sehingga memegang jawatan sebagai EDITOR PTS.

Alangkah bagusnya kelak,syafik zulakifli yang saya kenal berjaya seperti HABIBURRAHMAN SYERAZI yang telah menerbitkan dua filem berunsur "dakwah".

Sahabatmu EZO...

Puan Ainon Mohd. said...

Pokok yang buahnya manis sahaja dibaling orang....

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Saudara,

Terima kasih kerana memberi respon. Sesungguhnya apa yang baik itu adalah sebuah anugerah yang bernilai.

Terima kasih juga atas doa saudara yang saya amat hargai. Semoga doa saudara akan menjadi salah satu daripada buah amal yang baik bukan hanya untuk saya tetapi untuk masyarakat amnya.

Saya doakan agar saudara dapat mencapai kecemerlangan dengan sempurna.

Salam Aidiladha