Manuskrip Melayu



DI DALAM seminar dan perbincangan sastera Melayu, ada satu perkara yang menarik perhatian saya. Ruang pemerkasaan manuskrip Melayu tidak dibincangkan secara lumat. Fikir saya barangkali tidak ramai yang mahu mengkaji berkenaan manuskrip Melayu.

Ketika Persidangan Bahasa Melayu Bahasa Dunia, saya telah bertemu dengan Dr Adi Yasran, pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan berbincang dengan beliau berkenaan manuskrip Melayu.

Beliau memaklumkan bahawa usaha terhadap menjaga kreadibiliti manuskrip Melayu ini belum nampak dan beliau akan berusaha mencapainya.

Baru-baru ini ketika ke Perpustakaan Negara Malaysia, saya menyaksikan ada satu ruang dinamakan Pusat Manuskrip Melayu. Barangkali usaha ini sungguh murni dan cemerlang.

Alangkah indahnya kita dapat mengumpulkan kembali manuskrip Melayu di rantau Nusantara? Saya berdoa kepada Tuhan moga-moga cita-cita saya berada di pentas membicarakan hal ehwal manuskrip Melayu tercapai selepas saya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana (MA) di dalam bidang manuskrip Melayu. Insya-Allah.

Ada yang menyokong usaha ini?

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim