Puas sudah meladeni (bukan buku) Karnival Kerjaya Timur Tengah yang diadakan di Cairo International Convention Centre (CICC) di Kaherah, Mesir. Seronok bertambah penat yang amat. Mungkin tidak sepenat Pak Lah yang senantiasa sibuk ke sana dan ke mari menghadiri mesyuarat, persidangan dan sebagainya. Namun, segala pengalaman itu amat berharga bagi diri sendiri.
Dari beberapa sudut, saya melihat ada kesan positif yang besar melalui program yang diadakan ini. Wajar diberi tepukan di atas kejayaan pihak penganjur (PNB) yang bertungkus lumus mengadakannya.
Namun, perancangan dan penyusunan program yang diadakan sel
ama 2 hari wajar diberi perhatian yang serius. Al-maklum, pendedahan sebegini jarang-jarang malah kekadang mentah di kalangan warga dan individu yang berada jauh di perantauan. Namun, peluang dapat bersemuka sendiri dengan Perdana Menteri Malaysia adalah kesempatan yang tidak wajar diambil enteng oleh individu yang bergelar manusia. Penghargaan ini sekurang-kurangnya memberi ruang yang besar kepada golongan Al-Azhar terjun ke industri alam pekerjaan dengan baik amnya.
Seperkara yang boleh dibicarakan bersama, program ini ada canggungnya. Malah, ianya harus diteliti sebagai satu momentum ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Kepada pihak penganjur yang bekerja keras. Tahniah buat anda.

Ulasan