Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah sekali lagi dikunjungi YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Orang Pasir Gudang sepatutnya turun bersama-sama menteri untuk perjumpaan ini namun saya menjadi hampa kerana orang Johor Bahru terhegeh-hegeh mengejar menterinya.
(Pesanan untuk orang Pasir Gudang; minta maaf banyak projek saya dapat dari Dato' Seri)YB Dato Dr Adham bin Baba merupakan Setiausaha Parlimen, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sebagai anak Johor, saya berbangga kerana pewaris generasi kepimpinan masih ada di peringkat pusat. Kedua, saya juga mampu tersenyum kerana YB sudi duduk di atas lantai Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor walaupun kami menyediakan kerusi sofa. Kami menghargai lawatan Yang Berhormat.
Ulasan