Rahsia Tidak Menganggur

SEBENARNYA ada satu rahsia bagaimana seorang mahasiswa itu tidak akan menganggur selepas belajar. Apabila ramai teman-teman dan rakan seangkatan memberikan alasan kerjaya; fikir saya itu semua alasan.

Tahukah kalian bahawa kerjaya sebagai editor sudah bermain di minda saya semenjak dua tahun yang lalu. Hidup dalam keseronokkan adalah sesuatu yang mesti dicapai oleh semua insan. Oleh itu, barangkali kita harus menyusun keseronokkan itu bermula hari ini.

Barangkali saya fikir wajar untuk mengarang sebuah buku berjudul 'Rahsia Emas Tidak Menganggur' bagi menceritakan bagaimana sebenarnya seorang mahasiswa yang baru menamatkan pengajian; mampu terjun ke dalam bidang kerjaya dalam masa yang terlalu singkat.



Comments

tinta kasturi said…
sangat bagus buku semacam itu buat mahasiswa. Jarang yang sudah set minda alam kerjaya saat sedang belajar. Saya yakin buku tuan pasti meletup, insyaAllah

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim