ISMA Main Belakang?

SAYA tidak faham apa politik yang dimainkan oleh sebuah persatuan di bumi Mesir pada tahun ini. Barangkali dicium-cium oleh dua jejaka penting yang berada di dalam Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menyebabkan persatuan ini sedang bermain drama lakonan yang paling popular pada tahun ini.

Desas-desus yang diterima daripada Mesir bahawa persatuan ini sedang menjalankan sesi culik-menculik yang paling dahsyat di bumi Mesir pada hari ini. Dengan bantuan persatuan yang bakal terkubur tidak lama lagi iaitu Nadi UMNO Mesir, persatuan ini dikatakan sedang mengganas laksana ombak tsunami yang sedang melanda pada hari ini.

Jika mereka tidak selesa dengan bapa persatuan di bumi Mesir, apalah salahnya jika mereka belajar mengapa kita perlu bermain dalam satu jemaah dan tidak mewujudkan perpecahan di kalangan orang Melayu di bumi Mesir.

Tambahan :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia diarah membawa pulang dua orang tokoh Jemaah Islah Malaysia yang sedang menyelinap masuk di Kaherah, Mesir.


Comments

MasyaAllah..... Culik-menculik pun berlaku dalam kumpulan pelajar di Mesir....
Macamtu la kira2nya Puan..
askapa said…
nama pun desas desus..sepatutnya diteliti dengan baik dahulu kesahihan satu satu berita itu.bukan terus menghentam semberono saja..kadang kadang imej yang baik itu terjatuh disebabkan tindakan yang sebegini...

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim