Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, October 21, 2009

Mufti Kerajaan Mesir Hadir Dalam Program PMRAM

SAYA menulis artikel ini dalam keadaan terharu, syahdu dan amat bersyukur. Setiap kali saya membuka laman blog kutub sittah (http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/) bulu roma saya akan meremang malah saya akan menitiskan airmata.

Entah, barangkali keberkatan bersama ulama dan ilmuwan tidak lagi dapat saya rasai. Sedih...

Betapa benar, setiap ketetapan itu telah direncanakan. Saya tidak menyangka Syeikh Dr Ali Jumuah, Mufti Kerajaan Negara Mesir hadir di dalam program PMRAM. Tahukah kalian, di Mesir hanya mempunyai seorang sahaja mufti. Taraf mufti adalah seperti Menteri Kabinet di Malaysia. Malah pengiktirafan mufti kerajaan Mesir adalah setanding dengan pembesar kerajaan Mesir.

Di Malaysia, mufti diramaikan. Setiap negeri mempunyai mufti masing-masing. Pemikiran juga masing-masing. Fatwa pula bermacam-macam.

Saya amat terharu dengan kehadiran Mufti Kerajaan Mesir di dalam program PMRAM. Tahukah saudara betapa sukar hendak mengadakan program ini setelah dihalang oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Betapa JPMK tidak mahu melihat mahasiswa Al-Azhar menadah ilmu daripada ulama di Mesir.

Apakah pelik jika program ini dilabel sebagai program pembangkang sedangkan program ini hanya Majlis Pembacaan Hadis Imam Bukhari. Persepsi buruk itu sepatutnya dihilangkan dan dibuang jauh ke tepi.

Tahukah JPMK seramai lebih 6000 mahasiswa di bumi Mesir termasuk mahasiswa pengajian Islam dan perubatan telah mengetahui buruknya perangaimu itu setelah program ulama hendak engkau hancurkan?

Barangkali mahasiswa kita hadir ke dalam program JPMK selepas ini hanyalah kerana ingin mengisi keterpaksaan mereka disebabkan menghormati JPMK.

Tambahan :

1. Saya telah mengajak beberapa orang teman di Malaysia menyusun strategi menggegarkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mohon penjelasan menteri mengapa menghantar pegawai yang paling xxxxx di Mesir.

2. Kita akan memastikan Pengarah JPMK dibawa pulang dengan segera dan barangkali beliau pun sudah rimas duduk di Mesir. (Biasanya pegawai akan rimas selepas setahun berada di Mesir kerana tidak dapat mengganggu PMRAM. Kemudian mereka akan membuat huru-hara.) - Kajian kes saya sepanjang berada di Mesir.



4 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Mengapa? Mengapa pegawai yang 'bodoh' dihantar ke Mesir? (Disebabkan yang pegawai-pegawai 'pandai' tidak mahu dihantar bagi melaksanakan kerja-kerja 'bodoh' agaknya...)

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Puan Ainon,

Sebenarnya pegawai-pegawai ke luar negara hanya untuk goyang kaki sambil menghisap rokok.

Pengalaman saya melihat pegawai masuk lambat ke pejaba kerana di Mesir sistem 'punch card' tidak ada.

Mereka juga belajar ISA (Ikut Suka Aku)

Hazam said...

Telahan 'bodoh' atau 'pandai' pegawai-pegawai yang dihantar ke Mesir seperti yang Pn.Ainon nyatakan adalah tidak adil.

Kata-kata yang berupa 'Sweeping Statement' Syafiq juga yang mengatakan pegawai dihantar ke luar negara hanya untuk goyang kaki sambil hisap rokok juga sangat dangkal. Pemerhatian yang sangat cetek daripada seorang graduan.

Pegawai masuk lambat ke pejabat mungkin kerana ada tugasan di luar. Bagaimana dengan pegawai-pegawai yang balik lewat malam dari pejabat? Jarang ada pemerhatian di atas kebaikan.

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Encik Hazam,

Barangkali saya tidak sepatutnya mentelaah sedemikian. Tetapi percayalah bahawa apa yang ingin saya sampaikan adalah puncak ke arah pemikiran pegawai kerajaan yang tulus dan hak.

Kita tidak mahu peperangan di antara JPMK dan PMRAM berlarutan sehingga hari kiamat.

Saya sudah cukup meluat dengan perangai pegawai JPMK yang dihantar ke Mesir. Semuanya sama!

Bagaimana lagi harus diluahkan?