ISU MAHASISWA MESIR CERAMAH pembangkang berulang lagi di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir. Kali ini Ketua Pembangkang Malaysia yang menjadi peneraju tersebut. Segala intipati dan bahan yang disampaikan saya tidak ketahui. Biarkan. Itu bukan masalah saya. Paling penting bagi saya adalah nyawa PMRAM. Ya nyawa PMRAM. 'Kullu Man 'Alaiha Fan'... Setiap sesuatu itu akan binasa. Barangkali kalimah ini amat pedas. Tetapi bagi saya yang pernah hidup di dalam dunia PMRAM, saya merasai detik-detik kekejaman dan kehancuran yang akan dilakukan oleh si penzalim. Barangkali semangat dan cita-cita gerakan SUARA (sebuah pertubuhan baharu di Mesir) adalah sesuatu yang murni. Tetapi dengan agresifnya program SUARA tersebut, maka lebih agresif puak-puak jahiliyah yang bernama UMNO menghancurkan PMRAM sebagai sebuah persatuan yang mendokong anak-anak Melayu di bumi Mesir. Tahukah saudara bahawa kerja-kerja jahat menghancurkan PMRAM sedang giat dijalankan. Saya ingin melihat di atas kekuasaan...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran