Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, April 22, 2008

Imbas Semula

Oleh : typeace

Saya mula berkarya seawal tahun 2006. Benar! Satu masa yang cukup panjang. Hari ini 22 April 2008. Bermakna, saya sudah mengenal dunia seni hampir dua tahun.

Betapa lama untuk mengenal tirai kesusasteraan Melayu khususnya sehingga saya mencampakkan jiwa dalam lembah ini.

Bukan Lembah Nil yang meninggalkan kesan perjalanan yang panjang antara Musa dan Firaun. Tetapi, kesan jiwa yang amat menebal di dalam kasus permusafiran ini.

Jentolak jiwa yang mengheret sukma berenang di lautan muara sepi ini seolah-olah menenangkan jiwa dan sanubari. Saya tidak pernah duduk di tepian pantai, menyaksikan panorama alam begitu lama. Tetapi, saya punya azam yang tidak berkesudahan di dalam menarik cinta untuk dibawa bersama.

KARYA CERPEN PERTAMA YANG SAYA TULIS dalam mandala seni adalah sebuah tele-cerpen ringkas. Kelakar. Sarat dengan muatan budak-budak baru belajar. Tetapi hari demi hari, sehinggalah karya cerpen yang terakhir saya tulis, "Hadiah Untuk Ustaz" yang baru saya langsaikan lewat beberapa hari yang lalu.

Mentah menyaksikan, saya masih ranum untuk digelar seorang penulis yang matang. Apatah lagi penulis yang sanggup menggadaikan masanya untuk perjuangan tinta.

Dan, disitulah letaknya kemanisan sebagai seorang penulis.

Tambahan :

Alhamdulillah, Paduka Nazim Noor telah selamat tiba dibangsal Kota Sejarah Tanah Firaun, Mesir pagi tadi.


2 comments:

ainon mohd said...

Foto hiasan itu membikin saya sangat ingin ke Mesir!

typeace said...

Ya! Saya juga teringin menatap kerja-kerja PTS di Mesir. Insya-Allah.