Langkau ke kandungan utama

Masjid Negara Kuala Lumpur di Mesir?


Lembar Satu

MEMANG saya jarang membeli majalah-majalah tempatan. Paling kurang, saya akan mengeluarkan wang LE 1.50 untuk membeli majalah Al-Azhar. Kekadang saya gunakan keperluan saku yang ada dengan membeli majalah Manar Al-Islam. Dahulu, semasa memegang Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan, BKPJM rajin juga saya mengulit buku-buku ilmiah tersebut.

Namun, apabila tugas saya tertumpu ke dalam pejabat, jarang pula mahu meladeni buku-buku tersebut. Saya lebih selesa membaca buku Sejarah Melayu, Sejarah Pahang, Sejarah Johor, dan paling tidak pun novel-novel yang berlambakan di dalam kantung bilik peribadi.

Benar! Memang berat memikul beban buku dari Malaysia ke Kaherah. Namun, sedang saya mengetahui bahawa kurang bahan bacaan ilmiah Melayu di Perlembahan Nil, saya gagahkan diri juga untuk membawa. Setidak-tidaknya nanti, saya akan dapat menyelak buku Melayu sesekali di dalam kebosanan diri.

Di atas tanggungjawab yang besar, saya ditugaskan menjalankan misi Palestin. Benar! Penulis bebas juga harus bekerja untuk Palestin. Mengkaji sejarah Palestin dan sebagainya. Oleh kerana ini sebuah latihan dan tugasan, saya gagahkan diri untuk mencari-cari kalau-kalau ada di pasaran.

Misi pertama saya, saya telah ketemui majalah Turath yang bukan diterbitkan di Mesir. Saya kira barangkali ia merupakan bahan daripada negara Emirates. Namun, sesudah itu, ketika rajin menyelak lembar demi lembar saya ketemu dengan muka surat yang menceritakan tentang Masjid Negara Kuala Lumpur.

Lembar kedua

Kaget sekejap. Benar! Jarang-jarang saya mahu peroleh berita negara sendiri. Lebih-lebih lagi agam sebuah dramatik penulisan tanah air. Tetapi, kerja ini masih belum terhenti. Saya harus berlari mendapatkan bahan Palestin pula.

Misi kemanusiaan Mini Pavilion PMRAM! Ayuh!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali in...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...