Menghayati Lima Ayat Pertama


"Alif Laam Miim. Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (Yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung."

Ini kalam Tuhan. Benar! Ayat-ayat yang disusun di dalam al-Quran sememangnya mempunyai mukjizat tersendiri. Surah Al-Baqarah yang merupakan surah kedua di dalam al-Quran ini, adalah surah paling terpanjang di dalam mushaf.

Rashdan berpaling ke kanan. Ada makhluk Allah bertamu.

"Ya 'Atid! Apa yang kau mahu?"

"Aku mahu mencatat amalanmu."

Rashdan mengangguk perlahan. Seakan-akan menerima reda 'Atid yang lagak menghidupkan roh insan. Sesungguhnya, kemuliaan itu bukan sekadar sesuatu yang mudah.

"Ya Allah perkenankanlah lima ayat pertama ini di dalam jiwa dan dadaku ini."



Comments

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim