Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, April 29, 2008

Kritikan Sastera

ITUKAH KITA???

Itukah kita…
Yang lantang menentang…
Yahudi dan kroni mereka…

Itukah kita…
Angkuh meneguk..
Rela memamah..
Harga peluru tembusi
anak-anak palestin…

Itukah kita…
Bangga memakai…
Pakaian kezaliman…
Cukup memenatkan…

Itukah kita…
Berdosa pada mereka..
Islam dijunjung hanya pada nama

Itukah kita…
Yang belum sedar..
Atau masih menunggu saat..
Hitung dosa melebihi pahala..
Sedarkah kita…??

(Suara Kampus Edisi Johor)

Sajak “Itukah Kita” dimuatkan di dalam Suara Kampus Edisi JOHOR (SUKEJ) Keluaran 112. Oleh kerana ruang dan peluang untuk saya mengkritik karya puisi tiada di dalam SUKEJ, saya turunkan juga beberapa kritikan yang saya kira mampu membantu pengarang untuk memastikan beberapa kesalahan biasa tidak berulang.

Pertama, saya mencadangkan kepada mana-mana Ketua Editor majalah supaya menyemak seratus peratus kesalahan sebelum ia diterbitkan. Ini termasuklah pengeditan di dalam membaca karya sastera seperti cerpen dan sajak. Oleh kerana, saya lihat kekadang terlampau banyak kesalahan tatabahasa oleh pengarang cerpen dan sajak, di samping editor yang kadang-kadang ‘malas’ nak pruf dengan sempurna, saya kira karya tersebut masih lagi mentah.
Karya sajak ini boleh diperoleh di dalam SUKEJ Keluaran 112 pada muka surat 19. Perhatikan tatabahasanya. Aduh! Kecewa! Dari satu aspek, pengarang seolah-olah hanya menulis sahaja tanpa memperdulikan tatabahasa.

Pada rangkap pertama, “Itukah kita… Yang lantang menentang… Yahudi dan kroni mereka…” Saya ingin merujuk kepada titik elipsis yang kerap kali digunakan. Hampir setiap rangkap titik ini berkumandang. Mengapa? Apa tujuannya. Saya tanggap, ianya masih lagi tidak diedit. Oleh yang demikian, semua titik ellipsis (…) hendaklah dibuang kerana tidak membawa makna. Hanya menambah beban sahaja.

Pada rangkap seterusnya juga seperti itu. Namun, secara keseluruhannya, mesej yang mahu disampaikan agak jelas dan baik. Unsur gaya bahasa yang digunakan tidak banyak. Bagi saya hanyalah unsur ‘personifikasi’, unsur ‘metafora’ sahaja yang banyak dipersembahkan.

Gaya bahasa sajak ini masih kurang, tetapi cubaan pengarang menyelitkan makna di dalam sajak ada. Tahniah kepada pengarang yang mampu untuk menulis.

Ini adalah contoh penulisan sajak yang baik, tetapi isi dan penyampaiannya masih perlu diperbaiki.

ITUKAH KITA

Itukah kita,
Yang lantang menentang
Yahudi dan kroni mereka.

Itukah kita
Angkuh meneguk
Rela memamah
Harga peluru tembusi anak-anak Palestin.

Itukah kita
Bangga memakai pakaian kezaliman
yang cukup memenatkan.

Itukah kita
Berdosa pada mereka
Islam dijunjung hanya pada nama.


Itukah kita
Yang belum sedar
atau masih menunggu saat
Hitung dosa melebihi pahala
Sedarkah kita?


Saya orang kerdil untuk menilai.


5 comments:

IshaQHaniS said...

haha...

kadang2 editor (termasuk K.E) ni saja letakkan yg salah, supaya penyemak tatabahasa peringkat PMRAM cergas buat homework...
kih3... (ops silap)
kih-kih-kih.

Fahd Razy said...

menarik komennnya. Cadangkan la dekat majalah tu ada ruangan ulasan. Macam Dewan Siswa. Tiap keluaran, minta la seorang dari Adabuna beri ulasan. Latihan dan peluang yang baik untuk semua....

typeace said...

Fahd, sememangnya dalam Suara Kampus ada ruangan Kritikan Sastera. Namun, kebanyakannya tertumpu pada ruangan kritikan cerpen.

HEWI PMRAM said...

slm..syukran menilai dan mengkritik puisi ana yang serbai naif ini. itu adalah karya puisi pertama ana sepanjang hidup di perlembahan nil ini.Semoga dapat dipertingkatkan lagi..syukran

Mohd Zaki M.Noor said...

ustaz syafiq, saya pun pelik kenapa pentadbiran sukej tak panggil ustaz syafiq, padahal saya dah selalu cakap panggil semua penulis, yang lama juga yang baru. Saya rasa sama ada dia kesian tak bertempat atau dia terlupa. Tapi kalau ustaz syafiq nak tahu, kritikan sastera bukan saja untuk kritikan cerpen, bahkan sajak sebenarnya, cuma selama ini saya yang kena tulis kritikan sastera, dan saya tak reti nak komen pasal sajak, kalau komen pasal cerpen itu saya retilah.

Begitulah hakikatnya. kalau ustaz syafiq nak penjelasan, ustaz syafiq boleh rujuk ketua editor (ustaz hanis) atau pengarah urusan (ustaz akmal).