Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Thursday, April 03, 2008

Budak-Budak Persatuan VS Budak-Budak Talaqi : Mana Lebih POWER?

Ustaz Adam pun pandai menggunakan ilmu dalam berhujah. Sihat ye ustaz!

Sembang 1 : Mula la tu cakap aku ni nak buat kontroversi. Banyak cantik ko!
Sembang 2 : Memang pun, kau kan suka buat cerita-cerita panas!
Sembang 1 : Aku menyatakan yang hak... Ini fakta kes yang aku dapat.
Sembang 2 : Buatlah apa-apapun asalkan kau bahagia...

Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca. Penulis tidak mahu memporak perandakan keadaan. Cuma sebagai penulis, ada tujuan penulis buat begini.

Izinkan penulis bicara satu persatu. Perkara ini mula timbul sejak beberapa tahun akhir-akhir ini. Entah! Di mana silapnya pun penulis tidak ketahuan. Mungkin sahaja ketika kelahiran memuncak Majlis Tafaqquh FIDDIN Azhari atau semenjak generasi baharu yang berlumba-lumba mahukan ilmu di masjid-masjid atau bertalaqi di kawasan-kawasan kediaman masing-masing.

Mungkin sahaja sejak PMRAM mengungguli kelas Madrasah Imam Syafie vs Kelas Ustaz 'D'. Wah! Memang terkesima betul penulis apabila mendengarkan kes ini. Barulah penulis tahu di mana yang hak dan yang batil.

Awal Februari dulu, kecoh kat satu DPM ni sampai nak tubuh persatuan baru nak kalahkan DPM bawah anjuran PMRAM. Erm, mana lagi kalau bukan "Persatuan Tafaqquh". (hehehe) Gelihati pula mendengar nama persatuan ini. Bukannya apa, tafaqquh pun perlu ada persatuan ke? Mungkin juga lah. Perlu ada sukan, rehlah, main kayak, lari-lari anak, dan juga buat program Q macam PMRAM lakukan.

Penulis tidak menyalahkan mana-mana pihak yang mahu menghukum. Jika itu cara terbaik, silakan. Penulis pun takut juga kena penampar orang-orang tafaquh ini kalau berani bersuara lantang. Tetapi yang penulis geram bukannya apa, adalah member-member kita ini buat penulis naik angin.

Berani mereka mengatakan fakta begini, "Ustaz 'K' tu gagal imtihan kerana persatuan la." Cuba lihat 'Ustaz 'M', walaupun dia libat persatuan , dia tidak aktif sangat. Itu yang dia berjaya tu.

Kalau penulis ada depan mata, tentu penulis akan cili dengan clorox + sabun basuh pinggan tentu lazat. Erm, penulis hairan sungguh kepada puak-puak mereka ini, sungguh tajam mulutnya. Kurang ajar mungkin sahaja. Mungkin belajar tasawuf kurang atau tak pernah belajar agama kontemporari kot.

Ilmu ustaz-ustaz sekalian perlu digilap. Bukan ilmu atas lantai je yang diterima. Jika ilmu tidak pandai disesuaikan dengan arus pemodenan masa, tentunya ustaz-ustaz sekalian akan jadi tok syeikh surau dan masjid sahaja. Masa telah berubah, kita juga yang perlu berubah. Penulis pernah menulis satu artikel berkenaan dengan metod dakwah kita. Usah disamakan sebagaimana dahulu.

Jadi usah kita salahkan kedua-dua belah pihak. Penulis beranggapan kedua-dua daripada kelompok ini ada tugas masing-masing. Usah berjidal sampai menyakitkan hati orang. Ingat ya!




4 comments:

Ibnu Ali said...

Budak-budak macam ustaz hairul la. Dua2 boleh komit huhu

typeace said...

erm..mungkin ada benarnya. Tapi kalian cuma lihat pada luaran. Saya orang di dalam lebih tahu di mana kelebihannya.

hanif mohamed said...

aisyeh...sepatutnya pelajar talaqqi, bila dah ada ilmu tu, tolonglah orang dalam persatuan jugak. bukan menghujum. cara diorang hujum orang persatuan tu nampaklah sapa yang berilmu. heh. seolah2, mind cam bebudak sangat. sepatutnya diroang kena seimbang.
cuba ingat apa yang penasihat PMRAM (ust fakerei) bagitau pada gengam bara hari tu..yang balik talaqqi, ajarlah orang yang dalam persatuan ilmu tu. orang persatuan ajar gak ar orang yang x masuk dalam persatuan supaya dia kenal surat-menyuarat ke apa ker. baru seimbang!

Syababulislam said...

nice pic,rindu kat ustaz Adam...