Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, April 18, 2008

Kakitangan Kerajaan Naik Lemak! Semua Mahu Mudah!

Buku ini pun jarang kita baca!

Utusan Online - Jumaat, 18 April 2008

Pertemuan CUEPACS dengan Perdana Menteri - *Kerajaan setuju tingkat had umur bersara * Tiada honorarium RM2,000

Oleh HAMDEN RAMLI

PUTRAJAYA 17 April - Kerajaan bersetuju memenuhi lima daripada enam permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang dikemukakan bagi meningkatkan kebajikan 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, lima tuntutan yang diterima itu adalah berkaitan kadar pencen, lanjutan umur persaraan, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan.

Bagaimanapun, kata beliau, tuntutan CUEPACS supaya kakitangan awam diberikan honorarium RM2,000 tidak dapat diterima kerajaan.

‘‘Kami gembira dan puas hati dengan pertemuan hari ini. Tolak honorarium sahaja, yang lain kami dapat. Butiran lanjut mengenai lima tuntutan yang dipenuhi itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri sedikit masa lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Terdahulu, beliau yang mengetuai sembilan pegawai kanan CUEPACS mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan enam tuntutan kongres itu di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pertemuan selama 45 minit itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

CUEPACS sebelum ini mengancam akan memboikot sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini jika kerajaan enggan memenuhi enam tuntutan yang telah dikemukakan oleh kongres itu sejak tiga tahun lalu.

Enam tuntutan tersebut ialah pemberian honorarium RM2,000 kepada kakitangan awam, pemberian kadar pencen mengikut perkhidmatan, lanjutan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 60 tahun, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan kepada RM230 berbanding RM180 hari ini.

**************************************************

Saya orang yang kerdil untuk berbicara tentang isu CUEPACS. Kerana saya masih muda di dalam bab-bab ini. Tetapi, ini pandangan saya.

Apabila membaca keratan akhbar hari ini, saya naik terkejut dengan kenyataan yang diberikan. Mungkin kalian tertanya-tanya, fakta apa yang menyebabkan saya berkata sedemikian. Begini. Lihat ayat ini.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, lima tuntutan yang diterima itu adalah berkaitan kadar pencen, lanjutan umur persaraan, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan.

Kadar pencen. Saya terima. Lanjutan umur persaraan, saya kurang pasti tahap penerimaan saya kerana saya pun masih belum bekerjaya. Jadi, menanti ke umur 60 mungkin terlalu awal untuk membuat penilaian.

Bagi hal pemberian semula elaun kritikan dan penambahan elaun perumahan ada kebaikan bagi saya. Tetapi, mengapa peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan? Adakah dengan pemansuhan ini, tahap kreadibiti penjawat awam dapat dinilai?

Secara peribadi, PTK merupakan satu sistem peperiksaan yang saya boleh anggap sukar. Tetapi daripada satu sudut yang lain, ia membantu pekerja-pekerja awam khususnya untuk belajar erti membaca.

Daripada perkembangan positif ini, negara harus melahirkan kader generasi membaca bukan setakat di peringkat universiti tetapi ianya berkesinambungan untuk terus belajar dan belajar sehingga ke tahap yang tertinggi.

Paling kesal begini. Orang awam di Malaysia sememangnya pemalas. Kerana, budaya membaca tidak pernah wujud semenjak dari kecil. Malah boleh dihitung dengan jari, berapa ramai sangat yang mampu duduk di hadapan akhbar dan membaca dengan sebaiknya. Ini adalah masalah yang diringan-ringankan oleh kerajaan.

Saya faham, CUEPACS membawa isu nasional. Memperjuangan hak-hak kakitangan adalah sesuatu yang baik. Tetapi, idea ini perlu difikirkan dengan baik.

Kursus Pengganti PTK

Ini suatu idea yang baik bagi saya. Namun, bagaimana tahap kemampuan itu diukur? Adakah dengan menghadirkan diri ke dalam kursus yang diselenggara oleh pihak-pihak berkenaan, dengan mudah kita akan dapat naik pangkat?

Secara peribadi, saya mencadangkan agar satu gerak daya usaha dilakukan di dalam kursus tersebut. Paling mudah, penganjur perlu memikirkan bagaimana mereka (pegawai-pegawai kerajaan) boleh dibantu dengan cemerlang untuk meningkatkan tahap profesionalisme sebagai seorang rakyat Malaysia yang membaca.

Sebagai contoh, latih pegawai-pegawai kita menghasilkan kertas kerja (assignment) untuk dinilai dan diperiksa agar ada kajian baharu yang lahir daripada idea generasi kakitangan awam ini.


No comments: