Langkau ke kandungan utama

Seketika di Masjid Al-Azhar

MEMANG saya jarang menghirup udara malam di Syarie' Al-Azhar. Berhadapan dengan Bazar Khan Khalili, tentunya pemandangan malam tidak seperti siangnya. Tetapi dengan keberkatan malam itu, kita kenal yang mana yang baik dan yang buruk.

Saya meraba-raba malam. Seakan-akan malam itu masih panjang. Yang perlu saya ketahuan adalah malam semakin singkat kerana musim panas bakal menjelma. Justeru, saya tidak melewah-lewahkan masa berlama-lama untuk bersantai.

Sebelum menanti azan Maghrib berkumandang, saya bersandar di belakang dinding masjid. Sesekali, tangan yang menggenggam al-Quran kecil untuk dihafal terjatuh dek kerana kepenatan yang menggunung. Kantuk masih bertamu. Tetapi mungkin itu lumrah. Atau saya sendiri sudah puas dibuai mimpi yang amat ngeri di siang hari.

Saya meletakkan al-Quran kecil dengan cermat. Seorang lelaki berusia yang saya tanggap sebagai seorang pekerja masjid menghulurkan 'ruz bil- laban'. Tentunya untuk orang-orang berbuka fikir saya. Ini rezeki mereka yang berpuasa pada hari Isnin. Saya memaling arah ke kanan dan kiri masjid. Ramai orang disisi sedang rakus menjamah makanan tadi.

Saya berfikir-fikir untuk menyuapkan di mulut. Saya hentikan niat. Usai azan berkumandang, makanan tersebut masih bertapak di tangan kanan saya. Saya letakkan kejap-kejap di atas lantai masjid seraya menoleh ke kanan dan kiri kalau-kalau masih ada yang belum menjamah makanan. Tiada!

Saya kebuntuan idea. Saya simpan kemas ia di dalam poket baju. Harapnya ia tidak tertumpah di dalam baju sendiri. Niat itu saya simpan dalam-dalam. Seketika yang amat merisaukan, saya ampuh lagi kekuatan agar ia tidak melecehkan saya sekiranya ia menjejeh nanti.

Saya dirikan solat Maghrib dengan niat berjamaah. Hari ini imam baru. Fikir saya. Tetapi, mulahazah diri sendiri, saya jarang menyimpang berjamaah di sini. Tentunya ini imam lama.

Selepas solat Maghrib, saya mencari-cari ruang untuk menjamah makanan tadi. Tetapi ruang itu tertutup. Seolah-olah malu pada diri sendiri untuk makan di khalayak. Saya masih kembali duduk ke tempat asal sebelum solat didirikan. Yang saya lihat, anak-anak gadis berbangsa sedikit "Hebrew" berlegar-legar di sekeliling masjid dengan tudung kecil londeh sesekali. Mereka tetamu luar. Yang mereka tahu memetik beberapa gambar untuk dibawa pulang ke negara selepas membuat lawatan ke sini, fikir saya dalam hati.

Beberapa kali saya perhatikan mereka. Mereka masih memegang kamera (baca : standart Emon punya) dan memetik lagi gambar mercu Al-Azhar iaitu kubah masjid di perkarangan luar.

Pemerhatian saya kabur. Tangan yang sedang mengenggam ayat suci tadi, terus saya simpan dan terus bawa meninggalkan kawasan masjid.

Soalan : Dimanakah saya makan makanan tadi? hehehe


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)