Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, April 06, 2008

Filem Fitna : Satu Tamparan Buat Orang Islam


Fitna is a 2008 short film by Dutch parliamentarian Geert Wilders. The film alleges Qur'anic motivations for terrorism, Islamic universalism, and Islam in the Netherlands. The film's title comes from the Arabic word fitna which is used to describe "disagreement and division among people", or a "test of faith in times of trial".

On March 27, 2008, Fitna was released to the Internet on the video sharing website Liveleak in Dutch and English versions. The following day, Liveleak removed the film from their servers citing serious threats to their staff. On March 30, Fitna was restored on Liveleak following a security upgrade, but was promptly removed by Wilders promising a second edition without the copyrighted Jyllands-Posten Muhammad cartoons.

Source : Fitna Film

Bukan saya tidak sensetif tentang Islam. Tetapi saya 'lebih ghairah' menulis selepas sendiri dapat menonton filem ini. (Saya harap tiada siapa yang beria-ia untuk mendapatkan filem ini; sekiranya kalian belum lihat)

Jelasnya, masalah ini menampar semua orang Islam. Adakah Islam hanya akan 'mengamuk' selepas sesuatu perkara dihentam? Apakah kesan selepas penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. tahun lalu di dalam akhbar Jyllands-Posten; sebuah akhbar Denmark?

Siapa sebenarnya bersalah?

Malaysia juga menerima tempias yang sama. Mengapa hal ini tidak dihukum? Lihat sahaja Penghinaan Siti Khadijah tahun lalu selepas Rosnah Mat Aris bertindak agresif menghina isteri Rasulullah s.a.w tanpa sengaja; juga pembikinan filem-filem Islam terlampau seperti Gubra dan terkini filem Akhirat yang sudah berada di tahap melampau.

Saya yakin, selepas ini akan ada lagi filem yang konon-konon berciri Islam tetapi hal keadaannya bukanlah dibina atas atas nama Islam. Contohnya; filem Malaikat, filem Al-Quran, filem Qada' dan Qadar, filem Lambaian Haji dan macam-macam lagi yang masih bercerminkan adegan cium melulu, pegang tangan dengan rakus, duduk di atas katil dengan ghairah, peluk sini sana tanpa rasa malu, dan lain-lain lagi.

Kalau benar Malaysia juga perlu diboikot, mengapa kita tidak memboikot?

No comments: