Perjanjian di antara Malaysia - Korea Selatan Beberapa hari tidur saya tidak menentu. Bukan teringatkan kepada 'nyawa' saya yang telah hilang tetapi, kenyataan akhbar yang merujuk Kursi Pengajian Melayu di New Zealand bakal menamatkan tempoh. Ini berikut satu seminar yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengupas isu kursi tersebut. Namun, hari ini, akhbar Berita Harian membuka satu lagi tirai keemasana apabila Kursi Pengajian Melayu akan dibuka di Korea Selatan. Akhbar Hari Ini : KERAJAAN meluluskan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Pengajian Asing Hankuk (Universiti Hankuk), Korea Selatan, menjadikan lima kursi seumpama itu di seluruh dunia. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata selain universiti itu, Kursi Pengajian Melayu ada di Universiti Leiden, Belanda; Ohio University, Amerika Syarikat; University Wellington, New Zealand dan Beijing Foreign Studies University, China. Katanya, Kursi Pengajian Melayu di Universiti Hank...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran