Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Thursday, October 04, 2007

Cerita Kosong - Adik Sendiri vs Adik Angkat

Apa istimewanya si kecil ini?

Saya tidak mahu ada insan yang berdukacita mendengar khabar saya ini. Lebih-lebih lagi duka saya masih parah pada hari ini. Kecewa sedikit. Walang yang akan terus berpanjangan. (Pesanan ini harus saya tujukan untuk Ustaz Rasul)

Saya mahu tinggalkan itu semua. Minggu ini adalah peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Justeru, tidak hairanlah beberapa kelas di sekolah dicutikan. Walaupun saya tidak pernah merasai cuti ketika di sekolah dulu (kerana saya sekolah berasama penuh). Justeru, inilah peluang saya mampu untuk bermesra dengan beberapa orang pelajar terpilih.

Saya bukanlah ramah sangat dengan beberapa pelajar. Namun, jika ada di antara mereka yang mampu untuk mengeluarkan pendapat dan idea saya rela menjadi pendengar setia. Empat hari saya memulakan kerjaya sebagai seorang guru Pendidikan Islam dan Geografi, rasa bosan melanda diri. Entah! Mungkin sekolah kosong tidak berpenghuni memaksa saya mundar-mandir ke beberapa lokasi di dalam sekolah sendiri.

Kebosanan itu akhirkan dilapisi dengan senyuman tawa riak kecil anak-anak di dalam kelas. Saya menuju ke destinasi kelas "relief" pada jam 4.45 petang. Tingkatan 2c1 sememangnya lengang tidak dihuni oleh pelajar-pelajar lelaki kerana menyempurnakan bacaan tadarus al-Quran di surau sekolah.

Seketika itu, mata saya melarik kepada seorang pelajar lelaki yang hanya tinggal seorang. Tanpa segan silu pelajar itu cuba mendekati saya sambil berbual. Pada awalnya, kami tidaklah seakrab biasa kerana jarang sekali bertemu. Namun, lama-kelamaan ada sahaja cerita-cerita palsu saya rungkaikan bersama.

Muhammad Shafiq merupakan seorang pelajar yang sederhana. Berperwatakan biasa, namun jelas sebagai seorang pelajar pintar. Mendengar peristiwa dan rentetan diari kehidupannya, anak yang tinggal di kawasan rumah setinggan ini bukanlah seorang yang mewah. Namun, berkat keluarga yatim ini, beliau telah menerima Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP). Katanya, wang RM840.00 yang diterimanya sudah cukup banyak baginya dalam tempoh setahun.

Saya tertancap tepat ke arah matanya. Ada riak manja terukir. Beliau menceritakan kehidupan hariannya sebagai anak yatim. Beliau telah kehilangan ayah semenjak berusia 7 tahun lagi. Jauh di sudut hati saya, saya yakin pelajar ini mampu mencipta sejarah hidupnya sebagai pelajar cemerlang suatu hari nanti.

Paling saya ingat, beliau selalunya dijemput ke rumah anak-anak yatim di daerah Johor Bahru dan tidak pula lupa orang-orang UMNO melawat rumahnya saban waktu dan saban hari. Mereka menghulurkan bantuan wang ringgit, pakaian dan beberapa keperluan harian rumah.

Saya tawa kecil. Berfikir sejenak. Mungkin inilah penyebab mengapa UMNO menang di negeri sendiri. Banyak lagi rangkaian cerita yang kami bualkan dalam masa 45 minit. Mungkin inilah kenangan indah sepanjang saya berada di sini.

Moga diberkati hidup pelajar ini dan akan menjadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Seketika itu, saya terserempak dengannya di bazar Ramadan.


9 comments:

Ezo said...

betul Syafiq,setuju sangat,memang itulah faktor kemenangan UMNO.Part inilah yang banyak menaburkan jasa terhadap agama,bangsa dan negara.

Kerana kemerdekaan yang kita kecapi,kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan beberapa negara maju yang lain di dunia ini.

P/S tak takut ker puji UMNO kat blog,setahu aku ramai kutu-kutu yang antikerajaan baca blog kau dan penyokong kepimpinan ko...tak takut jatuh ker syafiq....IBNU ALI mesti ketawa bila baca komen nie...ermmmm dunia2..

tapioka_x said...

aik... apsal ler pulak tetiba masuk menu daging perencah kurmak politik nih...

yg syafiq tulis tu bukan puji... tu kan dah memang tanggungjawab, memang lar perlu dilaksanakan sedara oi...

yg sshnye bila ada golongan pembaca 'dogmatic' semberono ni... yg wangi dicium, yg busuk pun dijilat, padahal dia tahu itu tahik..!!

Ezo said...

Oh,reti tapioka_x nak cakap pasal tanggungjawab....ermmm..apa pun, UMNO yang buat bukan PAS.

Apa tanggung jawab PAS?Hanya tahu hina orang,cakap pasal kesalahan orang,kerja satu hapa tak dak.

tengoklah kat mesir,sampai ada yang berpendapat tak boleh duduk dengan kerajaan,tak boleh kerja dengan kerajaan,yang cakap tuh,istisnak tahun 2,Nazrul BP PMRAM,dia cakap kat aku masa tengah buka kat restoran BAKMI kat H10,4 Oktober 2007.

Kalau UMNO buat, ada yg kata tu dah tanggungjawab,ini bermakna UMNO bertanggung jawab huhuhuu..

nak tanya,tapioka_x ni saper? IBNU ALI ker? ermmm tak per,tak per...belajar rajin-rajin,sampai naik tahun 4.sekarang dah masuk tahun yang ke 3, tahun 3 syariah,
bila nak masuk tahun empat nie....habis cepat,Jom!!!! kita berpencak silat di gelanggang politik di Johor....

tapioka_x said...

tak perlu tahu sama ada tapioka_x kah? atau IBNU ALI kah? ataupun tbnu tapioka bin ali_x...

yang penting jgn diletakkan intelektual kurniaan Tuhan tu kat bawah ketiak politik, takut2 nanti busuk+bacin pulak...

tapi lebih baik kiranya kalau diletakkan politik tu di bawah ketiak intelektual, kalau busuk pun tak apa, sebab politik memang dah selalunya berbau 'busuk'...

oh, hanyirnya kencing sang 'ritorikus'....

Ezo said...

huhuhu.....saksikan...kenyataan sensasi orang al azhar,POLITIK ITU BUSUK........

Pandai2 ko nak buat andaian politik nie busuk.Bukankah politik itu sebahagian dari Islam.

Al Azhar sendiri,dalam kurus ijazah sarjananya ada menawarkan kursus "SIASAH SYARIYYAH" atau "POLITIK ISLAM"

Kesian,duduk kat al azhar,tapi tak amik manhajnya.....Manhaj wasatiyyah bukan syadid macam wahabi dan PAS....

tapioka_x !!!! nak tanya,kencing yang bau hanyir dan ketiak busuk tuh,bagus dinisbahkan kepada pemimpin pilitik PAS,ok tak? sebab,mulut diorang nie busuk macam longkang tau bila mengutuk dan mencaci orang,kecuali Tn Guru Mursyidul Am PAS dan Timbalannya yang sopan santun tak suka nak kata orang.......

tapioka_x said...
This comment has been removed by the author.
tapioka_x said...

EZO...
Aku harap kau tak memalukan diri sendiri...

aku petik kembali kata-kata aku :

"sebab politik memang dah [selalunya] berbau busuk..."

aku ni bukannya jenis Tamil Malayalam... aku tahu bahasa Melayu... orang 'Melayu' lazim gunakan perkataan [selalunya] untuk menunjukkan kebiasaan, bukan bererti keseluruhan...

Tak payah nak ajar aku politik tu sebahagian dari Islam atau tidak... tu budak2 kat tadika pun tahu. Dan tak payah kau nak beritahu aku syura dan demokrasi tu sebahagian dari Islam atau tidak, sebab mak endon yang gosok baju kat rumah aku pun tahu benda2 tu...

- sebab tu aku gunakan perkataan 'selalunya', kerana ia menunjukkan makna 'kerapkali'; ia bersifat juz'iey, bukan kulliy -

p/s : pergi kedai cermin mata, suruh diorang test mata kau.. Aku takut kau baca salah lagi nanti... beruntung kau, sebab tu tandanya aku masih sayang kt kau...huhu...

Aku tak kesah pun ape kursus sarjana yg ade kat al-Azhar, dan aku tak kesah pun kalau kau nak kencing ke, hanyir ke, ketiak busuk ke, pada pemimpin PAS ke, UMNO ke, DAP ke... tu lantak kau lar... bukan urusan aku...

eee... malunye 'i' tgk 'u' ni...
cubalah berhujah tu tunjukkan sikit ke"graduan"an 'u' tu. ini tak, nak berhujah macam 'i' ni budak2 sekolah tadika perpaduan aje... boring lar 'u' ni...

Hey, hello..!! please lar brother... 'i' mahasiswa mesir yg 'up-to-date' okay...huhu, jgn lar 'u' ingat budak UMNO 'u' tu ajer yg pandai pasal politik kay... auw... heh

Ezo said...

Apa-apalah tapioka_x,

Aku pun tak anggap ko macam budak-budak....tapi dah orang macam kau nie kan pandai main pusing putaq bahasa...macam aku tak kenal...

Rakan spesis macam ko banyak kat parlimen tuh....aku "selalu" gak nampak pok2 tuh guna teknik pusing bahasa macam ko...

tak per lah...kitakan sama2 muslim...aku pun bukan nak gaduh ngan orang macam ko nie...maklumlah...kat malaysia nie..kalau gaduh sama-sama melayu tak bestlah...nanti ada yang bersorak,huhuhu....

tapikan...kalau u nie mahasiswa al azhar yang dah 'up-to-date' ,maknanya u nie jauh lebih baik dari manhaj al azhar yang sepatutnya....ohhh...ya..ya...syadidah...bukan wasatiah....ermmmm..

Effy said...

Alaa tapioka_x, buang mase je ko berdialog ngan mamat ni.. aku dah kenal sgt dah perangai yg x nak kalah & hujah mcm budak2 dia tuh.. kalo layankan, boleh jadi retarded mcm dia nnti.. heheheh

dia belum kenal sape ko lagi.. baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.. x abis2 mengaku 'pelajar terbaik syariah johor'.. meluat aku.. =p

ok Syafiq Zulakifli & tapioka_x.. keep moving with ur writings.. i'm obsessed with ur sense of language.. korg mmg berbakat menulis.. keep it up!! =)