Puisi Di Majalah

Alhamdulillah. Karya puisi saya terbit di Majalah FOKUS SPM Keluaran November 2007. Niat hati keluar ke kedai mencari barang. Namun, apabila terserempak dengan majalah ini, saya capainya dan terus membeli. Tidak sangka ada puisi saya di dalamnya.

Untuk pengetahuan, puisi ini saya karang di Malaysia. Namun, ianya adalah sebuah puisi untuk seorang kanak-kanak kecil di tepi pantai Iskandariah. Seingat saya, ketika itu kami (semua Badan Pengurus PMRAM) jaulah ke Iskandariah. Kesempatan itu saya gunakan untuk mengingatkan kembali memori di pantai tersebut.



PUISI


Rezeki Laut Mediterranean

(untuk si kecil di Iskandariah, Mesir)


Lelah menyaksikan

pada raut wajah si kecil

membonceng basikal usangnya

karam entah bila…


Kutebarkan senyuman

buat si kecil

yang merisik kasih

menyuap setitik rezeki

yang paling

teragung…


Si kecil penjual aiskrim

hanya menurut perintah lagi

berdikari seorang diri

pastinya ia anugerah Ilahi.


SYAFIQ BIN ZULAKIFLI

Johor Bahru, Johor.

Majalah FOKUS SPM Keluaran November 2007


Comments

BiSkUtZ LeMaU said…
Salam ziarah lagi ya ustaz..
wah.. kali ni puisi ustaz keluar kat majalah plak.. dlu rajin gak bli majalah ni.. ustaz.. sy nk minta ijin nk amik link blog ni nk letak kat blog sy.. bleh yer?.. (",)
typeace said…
tidak menjadi masalah biskutz lemau hendak mengambilnya. Silakan. Macam Kak Nisah dan Abang Faisal Tehrani mengizinkan begitu juga saya
fadhilah said…
assalamualaikum...aktif bpuisi....masuk fokus plak tu...k tahniah...teruskan perjuangan bsastera...may Allah bless u...wassalam.

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim