Pendidikan Rendah saya 1992-1997 Akhbar Hari Ini (Utusan Malaysia, Selasa 19 Mei 2009) Sambutan Hari Guru SKBU2 meriah JOHOR BAHRU 18 Mei - Sebanyak 90 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru UDA 2 (SKBU 2) di sini diraikan oleh 1,642 murid sempena sambutan Hari Guru hari ini. Guru Besarnya, Fauziah Hassan berkata, pelbagai acara diadakan antaranya bacaan perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah yang disampaikan di sekolah berkenaan. "Acara kemuncak bagi meraikan hari paling bermakna ini diserikan dengan pemotongan kek dan menandatangani banner Hari Guru. "Sebagai menghargai pengorbanan dan jasa guru dalam mendidik anak bangsa kita telah menyediakan 15 anugerah kepada guru-guru berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia, pada majlis sambutan itu di sini hari ini. Jelas Fauziah, antara anugerah itu ialah guru aktif, guru inovatif, guru popular, panitia aktif, tandas terbaik, guru harapan, bilik khas terbaik dan banyak lagi. Menurut beliau, pada keseluruhannya sambu...