Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, May 31, 2009

Terima Kasih

Di antara buku-buku yang dijual di Kedai Buku PMRAM. Antologi saya juga masih ada di tengah-tengah rak itu. Barangkali masih belum terlewat untuk mendapatkannya.

SELAMA hampir tujuh bulan selepas penerbitan Antologi 'Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta' saya langsung tidak ambil pusing tentang proses pemasaran.

Barangkali saya bukan seorang usahawan yang terbaik. Tetapi saya seronok bekerja dengan pekerja yang meminati dunia pemasaran. Ingat lagi, ada yang mengatakan pada saya, anda pilih dua, sama ada ingin menjadi penulis atau peniaga. Ya. Saya akui. Saya tidak mampu melakukan kedua-dua kerja dengan sebaiknya.

Saya mampu menjadi penulis yang baik namun tidak dapat menjadi seorang peniaga yang baik.

Antologi 'Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta' (gambar kulit di kanan laman ini) menghimpunkan lima orang penulis. Alhamdulillah, saya yang menjadi penyelenggara dan proses penerbitan dan pemasaran dibantu oleh rakan-rakan.

Jika saya buka syarikat, barangkali saya memilih Saudara Mohd Zaki sebagai Pengurus Pemasaran kerana kecekapan beliau mengendalikan proses itu.

Dan, saya ucapkan terima kasih kepada empat orang penulis lain yang turut sama-sama menyumbang karya demi melengkapkan antologi tersebut. Saya akui, kekuatan karya saya tidak sehebat penulis lain yang berada di dalam antologi tersebut tetapi saya berusaha ke arah itu.

Apapun, dalam masa hampir tujuh bulan ini, pemasaran antologi berada di dalam keadaan baik dan saya yakin 75% daripada kuantiti buku yang dicetak telah habis dijual. Namun, perkiraan itu masih belum sampai ke penghujungnya.

Alhamdulillah, saya ketahui buku itu sudah sampai ke Jordan, Malaysia dan Jepun. Moga-moga ada manfaatnya. Untuk pengetahuan, proses penerbitan melibatkan kewangan dan pemodal daripada penulis sendiri.

Oleh kerana penerbitan antologi ini bukanlah atas dasar membuka syarikat besar, dan saya menerbitkan di bawah PMRAM, maka pada saya penerbitan ini membuka ruang dan peluang untuk saya dan kawan-kawan penulis belajar berniaga kecil-kecilan.

Akhirnya, saya terfikir-fikir untuk menerbitkan sebuah novel khas mengangkat sejarah PMRAM lantas novel itu disumbangkan 100% kepada Dana Apartment PMRAM yang diharapkan. Tetapi saya perlu fikir kos percetakan yang kini mencecah lebih LE 3,000.00.

Itu harapan saya sebelum kaki saya melangkah meninggalkan Kota Sejarah ini.

Tambahan :

Ramai adik daripada perubatan bertanya:

"Ustaz, duit kami terlalu banyak. Kami dapat tajaan JPA dan kami juga dapat zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri. Adakah wang yang banyak itu perlu kami keluarkan dan bayar zakat untuk menyucikan harta."

Jawapan saya, zakatkan wang anda kepada generasi yang tidak mendapat bantuan seperti kami. Hehe

3 comments:

ainon mohd said...

Saya berdoa moga-moga Allah mempermudahkan saudara menamatkan pengajian dengan cemerlang dan cepat.

Pulanglah ke tanah air demi membalas budi rakyat yang membiayai pengajian saudara.

typeace said...

Terima kasih Puan Ainon,

Moga-moga doa Puan dirahmati dan dimakbulkan oleh Allah. Amin.

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.