Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, May 27, 2009

UMNO-PAS : Ulasan Peribadi

TERINGATKAH anda Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung akhir Mac lalu menyaksikan nama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) diheret masuk di dalam persidangan tersebut?

Begitulah senario yang kerap kali berlaku setiap kali perhimpunan tersebut berjalan. Nama PMRAM 'gah' merentasi benua Asia, Afrika, Eropah malah Australia. Ia tidak lain dan tidak bukan membawa dan memperkenalkan kepada dunia bahawa PMRAM sebagai sebuah pertubuhan 'keparat' kepada bangsa UMNO yang sudah tidak selesa menghadapi suasana politik pada hari ini.

PMRAM dilabel sebagai pembangkang dan menjadi dalang menarik mahasiswa baru semenjak tiba bermula daripada lapangan terbang.

Pada 3 hingga 6 Jun ini, satu lagi perhimpunan sebuah parti Melayu-Islam akan bersidang. Muktamar Sanawi PAS kali ke-55 akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam. Apa sahaja usul yang bakal dibahaskan nanti tentunya akan menjadi agenda utama agen-agen UMNO untuk menjadikan akhbar mereka 'panas' seperti hari ini.

Selesai satu perkara.

Ada beberapa perkara yang menjadi perhatian saya. Ia melibatkan soal kepimpinan parti. Ingatkah anda, siapakah calon Timbalan Presiden UMNO? Ya. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Wira Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Taib. Tiga orang insan kamil ini telah bertanding. Walhasil, seorang daripada mereka telah berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri pada hari ini. (baca : bangga oi, anak negeri Johor jadi TPM. Amacam berani lawan?)

Ingatkah juga kita bahawa bagaimana saat-saat akhir Datuk Seri Wira Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding kerana terlibat dengan dakwaan rasuah. Sama ada itu sebagai politik UMNO atau sebagainya, kita tolak ketepi.

Apa yang sekarang ingin dilihat adalah terhadap satu lagi kepimpinan parti iaitu PAS yang akan bersidang. Tiga orang calon juga telah disahkan bertanding. Nasaruddin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS hari ini dicabar oleh dua orang Naib Presidennya.

Apakah Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu gagah mencuri perhatian perwakilan untuk memenangi kerusi kedua tersebut? Ramai menjangkakan peluang Datuk Husam adalah lebih tinggi berbanding Mohamad Sabu. Tahukah kalian, ahli PAS bukan memilih kepimpinan berdasarkan populariti seseorang. Jika dilihat daripada aspek pemikiran jauh ahli PAS, mereka beranggapan bahawa insan yang beria-iakan mahukan jawatan akan menimpa musibah sahaja.

Inilah yang kita saksikan pada hari ini. Ramai calon-calon PAS yang cukup pencalonan akhirnya menarik diri daripada bertanding. Mengapa? Ya. Menjadi seorang pemimpin bukan sesuatu yang mudah. Malah akan dihisab oleh Allah Taala di akhirat kelak.

Soalan-soalan panas, antaranya; bagaimana tanggungjawab yang kamu laksanakan sepanjang menjadi kepimpinan, itulah perkara yang menjadi soalan utama. Namun, ini bukan bermakna menjadi kepimpinan itu salah dan kita mahu lari daripada kepimpinan.

Apapun juga dan siapa yang akan menduduki kerusi kedua sebuah parti Islam ini, akan diserahkan 100% kepada perwakilan PAS pada persidangan nanti.

Bagi saya, cukuplah isu ulama dan profesional dibincangkan dengan panjang lebar di dalam dada akhbar. Yang penting, bagaimana kepimpinan itu dipandu oleh generasi yang membawa acuan pemikiran dan akhlak murni sebagai khalifah Islam sebagaimana Rasulullah SAW menjadi seorang Nabi yang amat agung!

No comments: