Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, May 27, 2009

Melabel Profesional

Penulis juga salah satu kerjaya profesional. Saya sedang membicarakan peranan Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM mewakili suara angkatan KELAP di Mesir

UCAPLAH dan cakaplah apapun juga kalimah yang menarik dibibir anda, saya tidak akan bersetuju sekiranya mahasiswa ataupun golongan agamawan diletakkan di tempat kedua di dalam masyarakat.

Ya. Saya sedari perkara ini semenjak isu PROTAZ bermula Protaz adalah singkatan bagi profesional ustaz. Ramai mengatakan Dr. Danial Zainal Abidin sebagai protaz. Ini bermakna seorang doktor perubatan yang mampu bercakap hal ehwal agama. Ramai juga yang melabelkan Saudara Hafiz Firdaus Abdullah sebagai protaz kerana seorang juruterbang yang mampu bercakap soal agama.

Pada hemat saya, anda harus buang pemikiran semua itu. Siapa juga mereka, mereka tetap Mukmin-Islam. Selesai.

Tetapi perkara yang lebih besar yang mahu saya bangkitkan adalah mengapa orang agama tidak dilabel golongan profesional? Anda ingat orang agamawan tidak profesional kah?

Anda ingat mufti kita bukan seorang insan yang profesional? Anda rasa bahawa profesional hanya mereka yang belajar ilmu sains, fizik, kimia, biologi, matematik sahaja?

Jika itu sangkaan anda, letak sahaja ketepi atau buang jauh-jauh.

Dan, sebab itu juga saya merasakan bahawa orang agama sering dipandang ke belakang. Sering tidak menjadi tumpuan. Malah dikhabarkan bahawa salah satu jawatan di dalam pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Pegawai Tadbir bergred N41, orang agama tidak akan dipandang. Mereka dianggap golongan yang hanya mampu menjadi pegawai hal ehwal Islam dan berbicara berkenaan hukum hakam.

Orang agama juga adalah golongan profesional. Tanpa mereka siapa yang akan mentalkinkan anda ketika anda berada di dalam kubur. Tanpa mereka siapa yang akan menjadi imam untuk solat jenazah khas untuk anda. Tanpa mereka siapa yang akan membacakan doa khas untuk anda. Barangkali kita tersilap fikir.

Biar apa jua dan siapa juga kita, pada saya kita semua profesional. Kita ada tugas dan tanggungjawab. Jika anda mengatakan bahawa guru bukan lahir daripada golongan profesional, perkara ini juga silap.

Sebab itu, melabelkan di dalam profesional dan bukan profesional hanya akan mendatangkan kebuntuan.

Saya mencadangkan Dewan Bahasa dan Pustaka melantik saya sebagai penggubal hukum dan dasar perkataan dan kalimah di dalam Kamus Dewan bagi edisi kelima nanti kerana banyak perkataan bahasa Arab tidak sesuai menjadi perkataan di dalam kamus tersebut.

Contoh : Feqah. Fikah. Fekah. Fiqah. Mana satu anda mahu letak?

No comments: