Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, May 30, 2009

Pulang Malaysia, Rumah PMRAM dan Nizar

Undang-Undang Tubuh PMRAM tidak melarang seorang 'mantan' tinggal di dalam rumahnya.

SUNGGUH tidak adil. Barangkali itu di antara perkataan dan kalimah yang sesuai saya lontarkan. Pada saat dan ketika kita sedang menghadapi peperiksaan, kawan-kawan yang lain ada yang sudah pulang ke Malaysia mengangkat bagasi untuk pulang ke Malaysia.

Pertama, adinda yang menuntut di Maahad Qiraat Shoubra di tahun 1 dan 2. Barangkali ada yang sofi (berjaya semua paper), dan sementelah natijah keluar akhirnya mereka pulang. Alhamdulillah rezeki mereka.

Kedua, kepada adinda dan kekanda yang tidak membawa madah (paper) banyak. Terutamanya yang membawa paper al-Quran sahaja. Semestinya paper tersebut sudah tamat dan berbondong-bondong di antara mereka meninggalkan Kota Kaherah. Tahniah juga diucapkan.

Saya? (ketawa sendiri) Masih bersisa baki tiga kertas bertulis dan seharian (tarikh belum keluar) menghadap pensyarah untuk ujian lisan.

Apapun, pulang Malaysia merupakan satu kemestian kerana banyak tanggungjawab yang perlu dilunaskan. (Semacam YB yang perlu selesaikan masalah ummah. hehe...)

Rumah dan Nizar

RAMAI bertanya, masih lagi duduk di rumah PMRAM? Ya. Saya masih duduk di rumah PMRAM. Walaupun pada hakikatnya ini bukanlah rumah asli PMRAM. PMRAM mana ada rumah khas? Pejabat PMRAM pun masih bersewa dan saya juga menyewa rumah yang saya duduk sekarang. Oleh itu, nama bagi rumah saya bukanlah rumah PMRAM.

Walaupun demikian, saya akui rumah ini menjadi rumah 'teduhan' Badan Pengurus PMRAM untuk beristirehat. Tetapi generasi hari ini lebih selesa duduk di pejabat.

Saya akui, ketika saya menjawat jawatan di dalam kepimpinan pun, jarang saya balik ke rumah. Malah, pejabat adalah sumber inspirasi. Entah. Saya pun tidak pasti mengapa perkara ini berlaku. Barangkali kerana pejabat PMRAM ada 'kekuatan' tersendiri. Malah, boleh dikira dengan jari berapa kali saya duduk di rumah kerana pejabat PMRAM memberi pelbagai idea dan satu kepuasan pada diri sendiri.

Tetapi, semenjak sudah 'pencen', saya tidak kerap ke pejabat apatah lagi sudah tidak ada kerja yang perlu dilunaskan. (baca : walaupun saya ada KEPENTINGAN untuk menguruskan hal ehwal PMRAM)

Berbalik kepada persoalan tadi. Apabila ramai mengatakan saya masih duduk di dalam rumah PMRAM ini, saya pun jadi serba salah. Tetapi dalam hati, lantak la apa orang mahu katakan. Kerana di sini saya bermula dan di sini juga saya ingin berakhir. Ceh. Semacam telenovela drama lah pula.

Walaupun sepatutnya saya berpindah ke Asrama Pelajar Johor Baru di Rabaah. Namun, saya terpaksa berkira-kira untuk berpindah kerana pada saya urusan 'menjaga' harta wakaf PMRAM ini perlu dilaksanakan. Jikalau saya keluar daripada rumah ini barangkali siapalah yang akan menjaganya. Lebih-lebih lagi Setiausaha Agung PMRAM sekarang yang sudah 'melekat' di Pejabat PMRAM. Hehehe. Jangan marah ya SUA...

Apapun, kalau anda mahu kata saya ni degil semacam YAB Dato Seri Nizar pun katalah. Ya. YB Nizar memang tidak mahu meninggalkan pejabat Menteri Besar pada mulanya. Tetapi akhirnya mengaku kalah dan terpaksa meninggalkannya.

Habis saya? Tidak mahu mengaku kalah? Saya tidak akan berganjak daripada tempat tinggal ini selagi saya tidak dihalau oleh kepimpinan PMRAM untuk terus menetap di rumah ini. Apapun, saya yakin kepimpinan tidak akan menghalau saya kerana seperti yang saya katakan, PMRAM mempunyai KEPENTINGAN terhadap saya.

Bukanlah bermakna tanpa saya, PMRAM tidak boleh bergerak, tetapi barangkali ini semua adalah tradisi.

Pada saya, ramai di antara Badan Pengurus yang akan menamatkan hayatnya melalui pintu pejabat PMRAM. Hayat di sini bermaksud, meninggalkan bumi Mesir selepas tamat belajar. Oleh yang demikian, moga-moga saya juga akan menjadi salah seorang daripadanya. Kerana pada saya, di sini saya bermula dan di sini juga langkah saya berakhir. Insya-Allah.
(Walaupun ada tuduhan yang mengatakan saya akan melompat parti.)

Lusa, masih ada kertas peperiksaan. Salam permisi.

1 comment:

ainon mohd said...

Sungguh! Saudara sangat kasih kepada PMRAM!