Langkau ke kandungan utama

PMRAM : 79 Tahun

BARANGKALI ruang untuk saya menulis ucaptama atau ucap dasar di dalam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) tiada. Ya. Siapalah saya. Seorang insan yang tidak punya apa-apa lagi.

Saya juga bukan Presiden PMRAM. Maka, tiada satu ucaptama atau ucap dasar yang wajar saya lakarkan. Tetapi, atas dasar saya seorang penulis, ada beberapa catatan yang ingin saya sampaikan.

1. 79 TAHUN PERJUANGAN PMRAM

Meniti penubuhan PMRAM sebagai sebuah persatuan di bumi Mesir ini yang sudah sampai ke tahun 79 amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi usia 79 tahun merupakan usia yang diistilahkan sebagai kepikunan. Seorang tua yang diberikan kesihatan di dalam usia menua ini akan turut menerima tempias yang sama. Pertama, sakit tua dan tidak mampu bergerak ke mana-mana.

Tetapi barangkali usia 79 tahun ini bukan hanya sebuah retorik kepada PMRAM. Menyelusuri perjuangan PMRAM selama hampir lapan dekad yang lalu, kita dapat merasai bagaimana PMRAM menghadapi cabaran dan rintangan sebagai salah sebuah persatuan yang sentiasa menghadapi saat-saat cemas dan gelisah.

Di dalam ranjau yang terlalu panjang ini, PMRAM menghadapi pelbagai situasi sama ada situasi tersebut memberikan kesan positif mahupun negatif.

Namun pada sisi yang lain, kehadiran PMRAM merupakan satu anugerah kepada generasi hari ini kerana kelahiran PMRAM bukan sebagai sebuah persatuan di bumi Mesir semata-mata tetapi merupakan sekolah kedua kepada masyarakat Malaysia Al-Azhar amnya.

Mahasiswa Malaysia di bumi Mesir bukan sahaja dibekalkan dengan sistem pendidikan secara formal di Al-Azhar, malah lebih daripada itu, mahasiswa diberikan suntikan kepada majlis-majlis ilmu sama ada yang berbentuk teori mahupun praktikal.

PMRAM telah memperkenalkan pengajian ilmu bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki semenjak beberapa tahun yang lalu demi memastikan mahasiswa Al-Azhar diberi peluang untuk mempelajari ilmu dengan lebih mendalam.

Berkonsepkan sebuah persatuan yang sentiasa memberikan didikan duniawi dan ukhrawi kepada mahasiswa amnya, semenjak tahun pertama lagi mahasiswa dilatih di dalam program Kolokium Ilmuan (Q). Ilmu dan thaqafah baharu telah diperkenalkan dengan pembentangan beberapa kertas kerja ilmiah demi memastikan seorang mahasiswa yang lahir daripada Universiti Al-Azhar berfikrah dan mempunyai gagasan tersendiri.

Mahasiswa Tahun Akhir tidak pernah ketinggalan diberikan suntikan agar tegar menjadi pelengkap sebagai seorang mahasiswa dengan program Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir. Di dalam program sebegini, PMRAM memberikan fokus kepada mandiri mahasiswa agar bersiap sedia menghadapi cabaran di tanah air sebagai seorang mahasiswa Islam yang lahir daripada Universiti Al-Azhar.

Di dalam bidang sukan, PMRAM tidak pernah ketinggalan memberikan saingan sama ada kepada mahasiswa mahupun mahasiswi. Program Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) setiap tahun merupakan langkah terbaik ke arah menjadikan akal sihat setiap mahasiswa dilatih setiap hari.

Di dalam bidang akademik pula, panel-panel akademik dibentuk demi memastikan kecemerlangan sentiasa dititik beratkan. Mahasiswa diberikan peluang menghadiri kelas-kelas pengajian akademik (tutorial) sama ada yang diadakan di rumah negeri ataupun yang dianjurkan oleh PMRAM sendiri untuk menjadikan mahasiswa mampu berdikari sebagai seorang pelajar Al-Azhar yang lahir daripada institusi agama terulung.

Sistem belajar berkumpulan diterapkan mengikut kaedah zon. Walaupun demikian, PMRAM mengakui bahawa kecenderungan mahasiswa yang aktif dengan pengajian khas (kelas tutorial) ini hanyalah segelintir. Rata-rata memilih berdiskusi secara non formal dengan kawan senegeri ataupun belajar persendirian.

Apapun, tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh sebuah persatuan yang masih tidak berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah adalah besar. Bagaimana memperkukuhkan persaudaraan sesama hampir 4000 orang mahasiswa di bumi Mesir ini tanpa bantuan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM)

Walaupun ramai menemplak kepada PMRAM bahawa YDP BKAN dan Pengerusi DPM hanyalah tali barut kepada PMRAM, tetapi apa yang lebih utama bagaimana memastikan seorang mahasiswa Al-Azhar tidak polos semata-mata belajar di Mesir ini.

Mereka dibekalkan dengan ilmu, mampu berdiskusi di hadapan khalayak dan mampu menjadi mahasiswa contoh kepada generasi muda hari ini.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)